web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Buli Jalan Raya: 6 Remaja Bawah Umur Antara 9 Ditahan

Semasa Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 30 Sep 2025 4:51PM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR 1 Enam remaja bawah umur antara sembilan individu ditahan bagi membantu siasatan kes buli jalan raya melibatkan sekumpulan penunggang motosikal terhadap seorang pemandu kereta Perodua Myvi, dalam kejadian berhampiran Plaza Tol Batu 13, Puchong, Selangor awal pagi Ahad lepas.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad berkata, kesemua lelaki berusia 13 hingga 21 tahun itu ditahan di sekitar Puchong dan Shah Alam pada Ahad dan semalam.

"Polis turut merampas tiga motosikal yang digunakan semasa kejadian," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kesemua suspek telah dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya pagi tadi dan dibenarkan reman empat hari hingga Jumaat ini.

Polis sebelum ini menerima laporan daripada seorang pengawal keselamatan berusia 52 tahun pada 10.04 malam Ahad lepas berhubung kejadian yang berlaku pada 4 pagi hari sama, ketika mangsa melalui plaza tol berkenaan.

Mangsa bersama rakannya sebelum itu dilaporkan telah berhenti di bahu jalan untuk membuat panggilan telefon apabila seorang daripada kumpulan lelaki bermotosikal yang turut berada di situ telah bertanyakan sama ada ada mereka anggota polis.

"Mangsa yang tidak menjawab soalan itu terus beredar namun kenderaan mereka telah diekori oleh kumpulan bermotor berkenaan sambil meminta mangsa berhenti. Kenderaan mangsa turut ditendang hingga menyebabkan kerosakan," katanya.

Muhamad Farid berkata kes disiasat mengikut Seksyen 279 dan 427 Kanun Keseksaan.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar memandu secara berhemah serta menyalurkan maklumat berkaitan jenayah kepada pihak polis.

Sebelum ini, tular video di Facebook memaparkan kejadian sebuah Perodua Myvi dikepung kira-kira 20 penunggang motosikal yang bergerak rapat di kedua-dua sisi kereta itu serta cuba menghalang laluan berhampiran plaza tol berkenaan.

Seorang daripada mereka juga dilihat menumbuk cermin bahagian pemandu sebelum menendang pintu, menyebabkan mangsa memperlahankan kereta bagi mengelak insiden lebih buruk. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 20 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Semasa 21 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

3

Semasa 2 hari yang lalu

PDRM mohon Notis Merah Interpol Kesan Tamim Dahri

4

Semasa 3 hari yang lalu

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Singapura 16 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 20 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 2 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad