web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


BUDI95: Pengiktirafan Kerajaan Terhadap Tentera Polis Jaga Keselamatan Negara

Semasa Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 27 Sep 2025 9:22PM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Pelaksanaan inisiatif BUDI MADANI RON95 (BUDI95) dengan anggota polis dan tentera menjadi kumpulan pertama menikmati subsidi petrol RON95 pada kadar RM1.99 seliter hari ini, merupakan tanda pengiktiratan kerajaan terhadap peranan mereka menjaga keselamatan negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata langkah itu, bukan sahaja menunaikan janji kerajaan untuk menurunkan harga minyak, malah membuktikan kebajikan rakyat sentiasa diutamakan dalam kerangka dasar MADANI.

"Negara ini aman dan selamat kerana adanya pengorbanan pasukan keselamatan. Bila aman, pelabur dan pelancong datang. Sebab itu kerajaan mulakan pelaksanaan BUDI MADANI RON95 dengan polis dan tentera," kata beliau berucap pada Sambutan 27 Reformasi, di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Melaka Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.

Bermula tengah malam tadi, sebanyak 300,000 anggota Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia menjadi kumpulan pertama menikmati subsidi petrol pada harga RM1.99 seliter, selaras pengumuman Perdana Menteri pada 22 September.

Dalam pada itu, Anwar berkata dasar ekonomi negara perlu diseimbangkan dengan kebajikan rakyat dan tidak hanya bergantung pada teori ekonomi semata-mata.

Beliau berkata pelbagai langkah kebajikan telah dilaksanakan, termasuk penyaluran puluhan bilion ringgit melalui Sumbangan Tunai Rahmah (STR) serta kenaikan gaji penjawat awam secara berperingkat bagi memastikan kehidupan rakyat lebih sejahtera.

"Perjuangan kita bukan retorik. Reformasi mesti dizahirkan dengan tindakan nyata membantu rakyat miskin, meningkatkan taraf hidup dan memastikan kekayaan negara diagih secara adil," kata beliau.

Perdana Menteri turut menegaskan kejayaan negara tidak hanya bergantung kepada pertumbuhan ekonomi, tetapi juga pada kemampuan membina masyarakat yang bersatu padu, berakhlak dan berintegriti. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Forest  City: Usir Segera Warga Israel Jika Dakwaan Terbukti - PM

2

Politik 3 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

3

Politik 6 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Persekutuan Komited Pastikan Agenda Pembangunan Rakyat Diteruskan - PM

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Johor Akan Lebih Baik Jika Ditadbir Pemimpin Yang Berani’ - Anwar

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 3 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad