web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kebocoran Gas: Lebih 20 Penghuni Tahfiz Dipindahkan

Semasa Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 21 Sep 2025 2:19PM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KERTIH - Lebih 20 penghuni sebuah pusat tahfiz di sini akan dipindahkan sebagai langkah berjaga-jaga berikutan insiden kebocoran paip gas Petronas Gas Berhad (PGB) di Tapak Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) semalam.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd Razi Rosli berkata walaupun jarak dari pusat tahfiz ke lokasi kejadian agak jauh, iaitu dua kilometer, namun tindakan awal perlu dilaksanakan bagi memastikan keselamatan penghuni terjamin, memandangkan risiko pencemaran udara mungkin berlaku sekiranya keadaan angin berubah.

"Kita mengambil langkah berjaga-jaga dan kita bimbang arah angin yang menghala ke pusat tahfiz boleh menyebabkan udara tercemar sekali gus memberikan kesan buruk. Jadi, kita ambil keputusan pindahkan mereka lebih awal.

"Pemindahan akan dilaksanakan hari ini juga sebelum malam bagi mengelakkan sebarang risiko. Pegawai kita sudah berurusan dengan pihak pusat tahfiz berkenaan," katanya ketika ditemui Bernama di Pusat Gerakan Operasi di lokasi kejadian, di sini hari ini.

Mohd Razi turut menasihati orang awam supaya tidak mendekati kawasan kejadian atau cuba melihat lokasi dari jarak dekat kerana dikhuatiri terdedah kepada risiko pencemaran udara.

"Orang ramai diminta tidak melakukan pembakaran terbuka kerana gas yang dibawa angin boleh sampai ke kawasan pembakaran sekali gus membahayakan keadaan.

"Selain itu, hentikan sementara sebarang aktiviti di kawasan hutan berhampiran dengan lokasi kejadian," katanya.

Dalam pada itu, Mohd Razi berkata orang ramai tidak perlu panik kerana situasi berada dalam keadaan terkawal selain mereka diminta mematuhi arahan pihak berkuasa berhubung insiden terbabit.

Sebelum ini, Bernama melaporkan polis menutup laluan utama Kerteh-Ranggon kepada semua kenderaan susulan kebocoran paip gas PGB di Tapak ECRL, Seksyen 5, Kerteh, di sini pagi semalam.

Mohd Razi berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.53 pagi yang melaporkan terdapat kebocoran paip gas butana dalam bentuk gas mudah terbakar.

Beliau berkata lokasi kebocoran terletak kira-kira dua kilometer dari jalan utama dan tidak melibatkan kawasan perkampungan atau kediaman penduduk. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Rogol, Amang Seksual Adik Perempuan, Pekerja Kedai ‘Hardware’ Mengaku Tak Bersalah

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Aktiviti Komersial Haram: Pelarian Rohingya Didakwa Guna Kenderaan Persendirian Kaut Untung

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 6 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 6 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar