web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kanak-Kanak 10 Tahun Ditimbus Tanah Runtuh Disahkan Maut

Semasa Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 16 Sep 2025 2:37PM

Gambar JBPM Sabah

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Setelah lebih 10 jam operasi mencari dan menyelamat diaktifkan, mangsa terakhir yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Marahang Tuntul, Papar akhirnya ditemukan pada 8.45 malam, sebelum operasi tamat pada 2.05 pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah Mohd Pisar Aziz berkata mangsa, iaitu kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Dalam kejadian pada 9.20 pagi semalam, tiga mangsa terdiri ibu dan anak-anaknya dilaporkan tertimbus.

Mangsa pertama, iaitu ibu berusia 34 tahun itu ditemukan pada 4.20 petang, manakala anak lelakinya berusia enam tahun dijumpai pada 4.25 petang.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian tanah runtuh melibatkan sebuah rumah pada 9.20 pagi, sebelum anggota Balai Bomba dan Penyelamat Papar tiba di lokasi kejadian pada 9.34 pagi.

"Mangsa telah dikeluarkan oleh pasukan bomba yang turut dibantu oleh pasukan penyelamat lain.

"Semua mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan dan mayat diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.

Penemuan kanak-kanak itu menjadikan angka yang terkorban akibat tanah runtuh yang melanda Sabah sejak Jumaat lepas sebanyak 13 orang. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

2

Semasa 20 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

3

Semasa 3 minggu yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Singapura 16 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad