web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Istana Pahang Nafi Tengku Ampuan Tawar Bantuan Kewangan Di TikTok

Semasa Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 08 Sep 2025 5:55PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN – Istana Pahang menafikan dakwaan bahawa Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, pernah menawarkan bantuan kewangan atau kebajikan melalui platform media sosial, TikTok.

Jurucakap istana menerusi kenyataan rasmi memaklumkan, terdapat akaun TikTok menggunakan nama ‘Datuk Muhammad Yusuf’ yang aktif menipu orang ramai dengan memanipulasi imej baginda menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).

“Istana Pahang menegaskan bahawa ini adalah cubaan penipuan yang tidak bertanggungjawab dan boleh mencemarkan nama baik institusi diraja,” katanya. 

Beliau memberi amaran, penyalahgunaan imej Tunku Azizah menggunakan teknologi AI adalah isu serius dan menggesa orang ramai supaya lebih berhati-hati.

“Ini adalah isu serius dan tidak boleh dibiarkan begitu sahaja, kerana membabitkan institusi diraja dan rakyat.

“Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada, menyemak kesahihan sebarang maklumat dan tidak mudah terpedaya dengan tawaran palsu yang disebarkan melalui media sosial,” katanya.

Orang ramai juga diminta membuat laporan kepada pihak berkuasa sekiranya menerima mesej mencurigakan atau dihubungi atas nama Tengku Ampuan Pahang. - Getaran, 8 September 2025

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

2

Semasa 1 bulan yang lalu

2 Lelaki Maut, Kereta Bertembung Lori Bawa Durian

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 5 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Singapura 20 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad