web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


2 Beradik Lemas, Kereta Tergelongsor Dalam Sungai

Semasa Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 04 Sep 2025 6:28PM

Kerja-kerja menyelamatkan mangsa dan menaikkan bangkai kereta dilakukan JBPM Negeri Sembilan tengah hari tadi - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PORT DICKSON - Dua beradik ditemukan lemas manakala ibu dan bapanya terselamat selepas kereta yang berada dalam keadaan parkir tiba-tiba tergelongsor jatuh ke dalam Sungai Tanjung Agas, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Maslan Udin berkata pihaknya menerima laporan kecemasan memaklumkan kejadian membabitkan ibu bapa berusia dalam lingkungan 40-an dan anak mereka masing-masing berusia enam dan lapan tahun pada 11.24 pagi.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku semasa empat beranak itu sedang berehat sambil memancing di kawasan terbabit dan secara tiba-tiba kenderaan mereka menggelongsor jatuh ke dalam sungai.

"Ketika kejadian bapanya berada di luar kereta, mangsa yang berada di dalam kenderaan itu kemudian menjerit meminta tolong. Pada masa sama, orang ramai yang berada berdekatan membantu dan berjaya menyelamatkan ibunya.

"Bagaimanapun, dua anak mereka tenggelam bersama kenderaan terbabit, pada 1.24 tengah hari kanak-kanak perempuan berjaya dinaikkan dan adik lelakinya dinaikkan pada 1.47 tengah hari. Mereka disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi," katanya kepada BERNAMA di sini hari ini.

Maslan berkata kedua-dua kanak-kanak itu ditemukan dalam keadaan tertiarap di bahagian ruangan penumpang hadapan.

Beliau berkata kereta itu berkemungkinan mempunyai masalah teknikal menyebabkannya terus menjunam ke sungai walaupun enjin sudah dimatikan.

Maslan berkata operasi membawa naik kenderaan yang tenggelam dengan kedalaman empat meter dari dasar sungai itu telah dilakukan.

Beliau berkata siasatan dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1957 dan bedah siasat dilakukan di Hospital Port Dickson esok.

Terdahulu, Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan dalam kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan bahawa terdapat kemalangan jalan raya melibatkan sebuah kereta jenis Nissan Teana yang terjatuh ke dalam sungai. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Lelaki Cedera Parah Diserang Buaya Ketika Menjala

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Ibu Didakwa Bagi Anak Usia 1 Tahun Minum Racun

3

Semasa 2 bulan yang lalu

APMM Gagalkan Kemasukan 15 Pendatang Tanpa Izin Di Perairan Port Dickson

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Usia Hampir 7 Dekad, Kee Yong Masih Teruja Hias Kampung Sempena Tahun Baharu Cina

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Politik 5 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 20 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad