web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kubur Zara Qairina Akan Digali Semula Segera Untuk Lengkapkan Siasatan - Saifuddin Nasution

Semasa Dikemaskini 11 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 09 Aug 2025 3:27PM

Saifuddin Nasution Ismail - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MACHANG - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menggali semula kubur Zara Qairina Mahathir secepat mungkin untuk melengkapkan proses siasatan kes kematian pelajar Tingkatan Satu berkenaan.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata tindakan itu dilaksanakan susulan arahan yang dikeluarkan oleh Jabatan Peguam Negara (AGC) semalam.

"Pihak polis akan melaksanakan keputusan itu. Saya telah diberi taklimat oleh Ketua Polis Negara (Datuk Seri Mohd Khalid Ismail) pagi tadi bahawa pihak polis akan segera melakukan prosedur seterusnya.

"Tumpuan polis adalah untuk mengemas kini siasatan, mengumpul semua bukti, dan dalam menjalankan tugas ini, pihak polis tidak akan berkompromi dengan prinsip keadilan kerana kita perlu berlaku adil kepada semua pihak yang terlibat termasuk keluarga arwah Zara dan pihak sekolah," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Ijtimak MADANI Ulama dan Guru Pondok Kelantan 2025 di Universiti Teknologi MARA (UiTM) kampus Machang, yang dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Saifuddin Nasution turut memberi jaminan polis akan memaklumkan perkembangan terkini kes berkenaan kepada orang ramai dari semasa ke semasa.

Semalam, AGC dalam kenyataan memaklumkan mayat Zara Qairina perlu digali semula bagi membolehkan prosedur bedah siasat dijalankan ke atas jenazah pelajar berkenaan.

AGC berpendapat bahawa terdapat keperluan untuk siasatan lanjut diambil oleh PDRM demi memastikan segala aspek siasatan dapat dilaksanakan dengan menyeluruh.

Zara Qairina, 13, disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu, Sabah pada 17 Julai lepas.

Pelajar itu dibawa ke hospital terbabit selepas ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam longkang berhampiran asrama sebuah sekolah agama di Papar pada 4 pagi, 16 Julai lepas.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk M. Kumar berkata prosedur bedah siasat (post-mortem) dan penggalian semula (exhumation) akan dilaksanakan dengan kadar segera berpandukan Seksyen 331 dan Seksyen 335 Kanun Tatacara Jenayah.

"Siasatan menyeluruh sedang dijalankan dan kertas siasatan akan dirujuk semula ke Jabatan Peguam Negara dalam tempoh terdekat," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menegaskan keadilan akan sentiasa ditegakkan dan siasatan yang dijalankan adalah mengikut lunas undang-undang, fakta dan keterangan yang diperoleh. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 bulan yang lalu

Kes Zara Qairina: AGC Teliti Kenyataan Shafie Apdal

2

Semasa 10 bulan yang lalu

Inkues Zara Qairina: Warden Arah 2 Pelajar Bersihkan Darah

3

Semasa 10 bulan yang lalu

Inkues Kes Kematian Zara Qairina Bermula Esok

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 20 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 19 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad

Politik 18 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar