web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Amang Seksual: Guru Mengaku Tidak Bersalah

Semasa Dikemaskini 11 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 05 Aug 2025 3:52PM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Seorang guru mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat pertuduhan melakukan amang seksual terhadap murid lelaki berusia 11 tahun pada Mac dan Mei tahun lepas.

Syahril Faiza Zakaria, 51, didakwa melakukan dua perbuatan itu ketika berada di dalam sebuah kereta pada 2 petang Mac 2024, manakala dua lagi perlakuan dilakukan di sebuah tandas di sebuah resort Pantai Cahaya Bulan, di sini, Mei tahun sama.

Keempat-empat pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 14 (b) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan boleh dihukum di bawah seksyen 14 akta yang sama, dibaca bersama seksyen 16 Akta yang sama.

Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman maksimum penjara 20 tahun dan sebatan untuk setiap pertuduhan.

Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Faiz Fitri Mohamad tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap Syahril Faiza memandangkan kes itu melibatkan kepentingan awam, kebajikan mangsa dan mempunyai hubungan amanah dengan tertuduh.

Peguam Mohd Saifullah Che Mat merayu agar jaminan sesuai dikenakan atas alasan anak guamnya tidak berisiko melarikan diri, mempunyai masalah jantung sejak Mei lepas, menghidap kemurungan tahap serius dan tidak berkahwin.

Anak guamnya yang sebelum ini berkhidmat di sebuah sekolah rendah di Tumpat juga, katanya telah dipindahkan ke Pejabat Pendidikan di daerah berkendan.

Hakim Zulkifli Abllah membenarkan Syahril Faiza diikat jamin RM30,000 bagi kesemua pertuduhan dengan syarat tambahan tidak mengganggu mangsa secara langsung atau tidak langsung serta melapor diri ke balai polis setiap dua bulan sekall.

Mahkamah kemudian menetapkan 10 September ini untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 16 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

2

Semasa 21 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

4

Semasa 5 hari yang lalu

Syed Saddiq Bebas, Mahkamah Persekutuan Kekal Keputusan Lepas Dan Bebas 

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 2 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad