web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Laksana Kawal Selia Untuk Larangan Penjualan Vape, Jangan Hukum Secara Menyeluruh - MOVE

Semasa Dikemaskini 11 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 02 Aug 2025 7:24PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Larangan penjualan vape seharusnya dilaksanakan berpandukan kepada dasar kawal selia yang menyeluruh. 

Presiden Malaysian Organization of Vape Entity (MOVE), Samsul Kamal berkata, dasar terbabit perlu digubal berasaskan bukti saintifik bagi memastikan ia selari dengan semua pendekatan yang diambil ke atas rokok selama ini.

Menurut beliau, larangan terhadap vape sedikit sebanyak mencetuskan kebimbangan, apatah lagi apabila rokok masih sah dijual seperti biasa. 

“Pengharaman ke atas vape sedangkan rokok bebas dijual adalah petanda bahawa ada kelompongan besar dalam dasar kesihatan awam negara.

“Percayalah, selagi kita gagal menerima hakikat bahawa vape ialah alat untuk mengurangkan kemudaratan yang diiktiraf secara santifik, selagi itulah isu ini tidak akak mampu diselesaikan,” katanya kepada Getaran hari ini. 

Samsul Kamal
Samsul Kamal

Jelas Samsul, dasar berkaitan vape yang mahu digubal perlu mengambil kira data global, fakta saintifik dan amalan berasaskan bukti. 

“Kita tidak boleh membiarkan ketakutan dan salah faham mendominasi semua isu berkaitan vape,” katanya.

Sebarang langkah besar yang memberi impak besar kepada kesihatan awam jelas beliau, tidak boleh dilaksanakan hanya bersandarkan kepada persepsi dan ketakutan ramai. 

“MOVE optimis pengguna akan beralih ke pasaran gelap untuk membeli vape jika kerajaan terus bersikap ‘double standard’ dalam hal ini,” katanya.

Samsul memberitahu, kemudaratan tembakau dan nikotin yang dapat dikurangkan turut menerima sokongan segelintir pakar kesihatan awam. 

“Negara seperti United Kingdom dan New Zealand berjaya membuktikan penjualan vape yang dikawal mampu membantu perokok dewasa berhenti merokok.

“Dalam hal ini, perhatian harus diberi ke atas bahan kimia yang digunakan dalam vape, bukan alat itu sendiri,” katanya. 

Beliau menarik perhatian, mengawal kandungan digunakan untuk vape akan lebih berkesan berbanding menghukum penjualan vape dan pengguna secara keseluruhan.

“Kawal selia yang tidak jelas hanya akan menggalakkan penjualan vape secara haram, yang boleh dimanipulasi dengan meletakkan bahan terlarang,” katanya. - Getaran, 2 Ogos 2025

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Politik 7 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad