web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jenazah Terakhir Pelajar UPSI Selamat Dikebumi Di Jertih

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jun 2025 2:30PM

Jenazah Nurul Fatihah Abu Setaman selamat dikebumikan pada 10.39 pagi tadi - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JERTIH - Jenazah penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Nurul Fatihah Abu Setaman yang terkorban dalam nahas kemalangan di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB), Gerik awal pagi Isnin, selamat dikebumikan pagi ini.

Nurul Fatihah, 22, merupakan mangsa terakhir dikebumikan pada 10.39 pagi tadi, di Tanah Perkuburan Islam Kampung Gong Duek di sini.

Terdahulu, jenazah mahasiswa tahun pertama Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Bahasa Melayu) itu disolatkan buat kali kedua di kediamannya di Kampung Gong Duek 10 pagi tadi, selepas solat jenazah pertama bersama 12 jenazah rakan universitinya, dilakukan di Masjid Hadhari di sini, pada 2.55 pagi tadi.

Allahyarham yang meninggal di tempat kejadian awal pagi semalam merupakan anak ke empat daripada enam beradik merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Agama Ittifakiah di sini.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPSI, Profesor Dr Norkhalid Salimin menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat pengurusan jenazah kesemua penuntut terlibat, dari lokasi kejadian kemalangan sehingga selamat tiba ke kampung halaman masing-masing, khususnya polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

"Juga terima kasih kepada semua pihak universiti awam yang terlibat seperti UnisZA (Universiti Sultan Zainal Abidin) yang menyediakan penginapan kepada 160 pelajar UPSI yang datang ke Terengganu bagi memberi penghormatan terakhir kepada rakan-rakan mereka.

"Ini membuktikan semangat kesepakatan dan kebersamaan antara universiti awam dalam menghadapi krisis besar seperti ini," katanya ketika ditemui selepas menghadiri majlis pengebumian Nurul Fatihah di sini.

Dalam pada itu, UPSI menerusi hantaran di laman Facebook rasminya turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam melancarkan urusan berkaitan.

"Sama-sama kita terus mendoakan agar roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman," menurut hantaran itu.

Dalam kemalangan yang berlaku antara 12.30 hingga 1 pagi itu, 15 penuntut UPSI maut selepas bas yang disewa khas dari Jertih ke Tanjung Malim terbalik selepas terlibat dalam kemalangan dengan Perodua Alza di JRTB berhampiran Tasik Banding.

Kemalangan itu turut mengakibatkan 33 lagi cedera termasuk pemandu dan kelindan bas serta pemandu dan tiga penumpang Alza. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 21 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Rogol, Amang Seksual Adik Perempuan, Pekerja Kedai ‘Hardware’ Mengaku Tak Bersalah

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Aktiviti Komersial Haram: Pelarian Rohingya Didakwa Guna Kenderaan Persendirian Kaut Untung

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Singapura 16 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad