web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Nahas Pelajar UPSI: Bedah Siasat 13 Jenazah Dijangka Selesai Tengah Malam Nanti

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jun 2025 6:13PM

Antara ahli keluarga mangsa yang hadir di HRPB - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Proses bedah siasat 13 jenazah pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terlibat dalam kemalangan ngeri di KM53 Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) dekat Gerik awal pagi tadi dijangka siap pada 12 tengah malam ini.

Pengarah Kesihatan Perak Dr Feisul Idzwan Mustapha berkata setakat 3.30 petang, enam jenazah telah selesai dibedah siasat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.

"Proses mengambil masa kerana keadaan mayat dan ada keluarga yang masih belum tiba dari Pantai Timur untuk proses pengecaman. Setelah siap, jenazah akan diserahkan kepada keluarga secara berperingkat," katanya kepada pemberita di Jabatan Forensik HRPB di sini hari ini.

Terdahulu, dua jenazah pelajar dihantar ke Hospital Gerik untuk dibedah siasat manakala 13 lagi ke HRPB.

Dr Feisul berkata tiga pasukan terlibat dalam proses bedah siasat itu, yang bermula pada 11.30 pagi.

"(Sebanyak) 13 jenazah tiba kira-kira 9 pagi dan bagi satu-satu jenazah, ia mengambil masa dua hingga tiga jam bergantung kepada keadaan. Oleh kerana jumlah mangsa yang ramai, ia mengambil masa," katanya.

Lima belas penuntut UPSI maut selepas bas dinaiki yang disewa khas dari Jertih, Terengganu untuk ke kampus mereka di Tanjung Malim, Perak terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan pelbagai guna di JRTB berhampiran Tasik Banding, Gerik. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Kanak-Kanak Autistik Ditemukan Maut Dalam Longkang, Meninggal Dunia Akibat Lemas

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Kartel Perolehan Awam RM2.5 Juta Tumpas, 13 Individu Ditahan

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

4

Video & Galeri 1 bulan yang lalu

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad

Singapura 21 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar