web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Nahas UPSI: KPT Bantu Penginapan Keluarga Mangsa - Zambry

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jun 2025 11:19AM

Zambry Abdul Kadir - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sedang menguruskan bantuan penginapan untuk keluarga mangsa nahas melibatkan penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Menterinya, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, semua bantuan tersebut sedang dikoordinasi bersama Politeknik Ungku Omar dan Kolej Komuniti Gerik. 

Menurut beliau, UPSI juga telah menubuhkan bilik gerakan berserta talian hotline, susulan nahas berkenaan. 

“Berdasarkan kemas kini, 15 mangsa telah disahkan meninggal dunia dan 13 jenazah dibawa ke Hospital Ipoh untuk urusan post mortem. 

“Dua jenazah lagi sedang menjalani bedah siasat di Hospital Gerik manakala baki mangsa yang cedera sedang mendapatkan rawatan di hospital sama. Bagaimanapun, maklumat ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa,” katanya. 

Jelas Zambry, beliau sedang dalam perjalanan ke Hospital Ipoh untuk bertemu dengan keluarga mangsa. 

“Saya mohon sama-sama kita doakan segala urusan mangsa dipermudahkan dan kepada semua keluarga yang terlibat, semoga diberi kekuatan dan ketabahan. 

“Insya Allah KPT dan UPSI sendiri telah menggerakkan apa jua bentuk bantuan untuk diberikan kepada semua yang terlibat,” katanya. - Getaran, 9 Jun 2025

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Politik 4 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar