web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kemalangan Bas Di Gerik: UPSI Sahkan 42 Pelajar Terlibat

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jun 2025 10:47AM

Gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengesahkan 42 pelajar mereka terlibat dalam kemalangan membabitkan sebuah bas dan sebuah kenderaan di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Banun, Gerik awal pagi tadi.

Bahagian Komunikasi Korporat UPSI ketika dihubungi memaklumkan sepatutnya 44 pelajar menalki bas berkenaan.

Sementara itu, Bahagian Komunikasi Korporat UPSI dalam kenyataan memaklumkan institusi pendidikan itu menerima laporan awal mengenai kemalangan jalan raya melibatkan pelajar mereka yang menaiki sebuah bas persiaran yang dilaporkan berlaku di kawasan Gerik.

"Pihak universiti kini sedang mengambil tindakan susulan berkaitan perkara itu. Sehubungan itu, pihak universiti memohon seluruh warga UPSI dan masyarakat umum untuk bersama-sama mendoakan agar urusan ini dipermudahkan," menurut kenyataan itu.

Justeru, Bahagian Komunikasi Korporat UPSI memaklumkan pihaknya sentiasa prihatin terhadap kebajikan pelajar dan akan memberikan bantuan serta sokongan kepada waris.

Bahagian Komunikasi Korporat UPSI turut memaklumkan pihaknya telah membuka bilik gerakan dan sebarang maklumat boleh disalurkan di talian 05-450 7148 (pejabat) atau 019-571 9977 (hotline).

Dalam pada itu, seramai tujuh mangsa dirawat di zon merah, 20 orang di zon kuning dan enam mangsa di zon hijau.

Terdahulu, Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Angkatan Pertahanan Awam (APM) Hulu Perak dalam kenyataan memaklumkan sekurang-kurangnya 15 maut dalam kemalangan melibatkan sebuah bas yang membawa pelajar UPSI dan sebuah kenderaan di JRTB Banun, Gerik awal pagi tadi.

PKOD APM Hulu Perak memaklumkan pihaknya menerima panggilan berhubung insiden itu dari Hospital Gerik pada 1.10 pagi tadi. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Kanak-Kanak Autistik Ditemukan Maut Dalam Longkang, Meninggal Dunia Akibat Lemas

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Kartel Perolehan Awam RM2.5 Juta Tumpas, 13 Individu Ditahan

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

4

Video & Galeri 1 bulan yang lalu

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Politik 5 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar