web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penganalisis Kewangan Rugi Hampir RM150,000 Diperdaya Skim Pelaburan Tidak Wujud

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 May 2025 12:22PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Seorang penganalisis kewangan berputih mata selepas wang simpanan sebanyak RM147,350 lesap ditipu sindiket skim pelaburan tidak wujud.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner (ACP) Azli Mohd Noor berkata pada Februari lepas mangsa lelaki berusia 42 tahun itu melihat iklan pelaburan saham di laman sosial Instagram.

Azli berkata mangsa membuka pautan pada iklan berkenaan dan dijemput menyertai kumpulan WhatsApp yang terdiri daripada 125 ahli serta aktif berkomunikasi mengenai keadaan pasaran saham.

"Seorang daripada ahli kumpulan WhatsApp berkenaan mengaku bekerja untuk sebuah syarikat sekuriti dan pelaburan dari China. Suspek mengajak mangsa untuk menggunakan platform HTGIC bagi membuat pelaburan, tetapi perlu membuat transaksi wang ke beberapa akaun syarikat terlebih dahulu untuk proses jual beli saham.

"Suspek meyakinkan mangsa bahawa dia boleh memantau semua transaksi wang pelaburan dalam akaun syarikat menggunakan platform terbabit dan bebas menggunakannya untuk proses jual beli saham," katanya dalam kenyataan hari ini.

Azli berkata mangsa yang terperdaya telah membuat 13 kali pindahan wang ke lima akaun bank berbeza berjumlah RM147,350.

Selain wang simpanan, mangsa juga telah membuat pinjaman daripada ibunya dan menggunakan wang millik syarikat untuk melabur.

"Mangsa membuat laporan polis pada 7.36 petang semalam kerana gagal mendapatkan keuntungan daripada pelaburan sehingga ke hari ini. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Rogol, Amang Seksual Adik Perempuan, Pekerja Kedai ‘Hardware’ Mengaku Tak Bersalah

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Aktiviti Komersial Haram: Pelarian Rohingya Didakwa Guna Kenderaan Persendirian Kaut Untung

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad

Politik 5 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran