web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Polis Tembak Mati 3 Individu Terlibat Sindiket Curi Kenderaan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 May 2025 6:17PM

Mohd Shuhaily Mohd Zain (tengah) menunjukkan antara barang yang dirampas - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Polis menembak mati tiga individu yang dipercayai terlibat dengan sindiket curi kenderaan pacuan empat roda (4x4) dalam satu serbuan di sebuah rumah inap di Taman Sejahtera, Sik pada 1 Mei lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata serbuan pada 2.30 pagi itu hasil risikan berkait sindiket curi kenderaan di Melaka, Selangor, Pahang dan Perak yang diseludup keluar ke sempadan negara.

"Semasa serbuan, tiga suspek yang berusia antara 35 dan 37 tahun itu telah melepaskan beberapa das tembakan serta menyerang pasukan polis menggunakan parang...bagi mempertahankan keselamatan, polis telah membalas tembakan dan menyebabkan tiga suspek yang mengalami kecederaan parah maut.

"Hasil pemeriksaan lanjut polis menjumpai dua pucuk pistol, beberapa kelongsong peluru dan sebilah parang yang digunakan suspek. Semakan turut mendapati ketiga-tiga suspek yang beralamat di Negeri Sembilan itu mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau termasuk kes curi kenderaan," katanya pada sidang media di lbu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di sini hari ini.

Mohd Shuhaily berkata polis juga telah melakukan pemeriksaan ke atas kenderaan digunakan suspek iaitu jenis Honda CRV yang telah dilaporkan hilang di daerah Petaling Jaya, Selangor pada April lepas.

"Pemeriksaan ke atas kenderaan itu menemukan 26 nombor plat pendaftaran palsu dan pelbagai alatan yang digunakan untuk melakukan kegiatan curi kenderaan. Semakan lanjut juga mendapati, sindiket ini bergiat aktif sejak 2023 dan telah terbabit dalam 73 kes kecurian kenderaan 4x4.

"Pada hari yang sama iaitu kira-kira 3 petang, Unit Risikan Sempadan (URS) JSJ, Malaysian Police Liasion Office (MPLO) dan Royal Thai Police (RTP) berjaya menemukan dua kenderaan 4x4 jenis Toyota Hilux yang dicuri dan diseludup keluar ke sempadan melalui jalan tikus oleh sindiket berkenaan," katanya.

Beliau berkata empat warga Thailand berumur antara 34 dan 58 tahun yang berperanan sebagai penghantar kenderaan ke utara negara jiran itu turut ditahan di daerah sabayoo, Wilayah Songkhla, Thailand.

"Kita juga percayai, ketua sindiket yang merupakan warga asing masih berada di luar sana dan polis sedang mengesan saki baki ahli sindiket ini. Orang ramai diminta untuk menyalurkan maklumat terutamanya melibatkan kejadian jenayah curi kenderaan yang berlaku di kawasan masing-masing," katanya.

Sementara itu, mengenai perkembangan kes Pamela Ling Yueh yang dilaporkan hilang sejak 9 April lepas, Mohd Shuhaily berkata pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah memaklumkan bahawa kenderaan yang terlibat dalam kes itu menggunakan nombor plat pendaftaran palsu. 

"Polis sedang mengesan kenderaan yang terlibat dalam kes ini tetapi dimaklumkan oleh JPJ bahawa nombor plat pendaftaran yang digunakan palsu.

"Jadi, kita kenal pasti model kenderaan itu dan arahan telah diberikan untuk mencari kenderaan yang menyerupai kenderaan digunakan menerusi pencarian kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya dan sempadan Selangor," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 20 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Semasa 21 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

3

Semasa 2 hari yang lalu

PDRM mohon Notis Merah Interpol Kesan Tamim Dahri

4

Semasa 3 hari yang lalu

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 21 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 16 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad