web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mayat Bayi Dalam Mangkuk Tandas: Ibu, Anak Ditahan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Mar 2025 8:23PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Polis menahan seorang wanita dan anak perempuannya selepas disyaki terlibat dalam kes penemuan mayat bayi lelaki yang baru dilahirkan dalam mangkuk tandas di sebuah stesen minyak di Sungai Haji Dorani, Sabak Bernam, Ahad lepas.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Md Yusof Ahmad berkata wanita berusia 41 tahun itu ditahan sekitar pukul 6.15 petang semalam di pekarangan sebuah kilang di Meru, Klang.

Beliau berkata maklumat daripada suspek membawa kepada tangkapan seorang lagi suspek iaitu remaja perempuan berusia 18 tahun yang juga pekerja restoran makanan segera kira-kira 8.30 malam hari sama di Meru.

"Siasatan lanjut mendapati kedua-dua suspek adalah ibu dan anak. Polis turut merampas beberapa barang kes yang boleh membantu siasatan termasuk sebuah kereta Perodua Bezza, pakaian serta telefon bimbit.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan cara membuang mayat secara sulit," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Md Yusof berkata kedua-dua suspek ditahan reman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.

Pada Isnin lepas, polis mengesahkan mayat seorang bayi yang baru dilahirkan ditemukan dalam mangkuk tandas wanita di stesen minyak berkenaan.

Terdahulu, tular di media sosial gambar lokasi kejadian dengan dakwaan ada individu melahirkan anak dalam tandas wanita stesen minyak itu sebelum membuang bayinya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 14 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Semasa 15 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

3

Semasa 2 hari yang lalu

PDRM mohon Notis Merah Interpol Kesan Tamim Dahri

4

Semasa 2 hari yang lalu

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar