web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Suami Isteri Didakwa Bunuh, Aniaya Anak Asuhan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Mar 2025 4:58PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sepasang suami isteri didakwa di dua mahkamah berasingan di sini, hari ini atas pertuduhan membunuh dan menganiaya seorang kanak-kanak lelaki yang merupakan anak asuhan mereka, minggu lepas.

Di Mahkamah Majistret, penunggang p-hailing Muhammad Syafiq Daniel Osman, 26, didakwa membunuh Muhammad Shakir Firman Mohammad yang berusia lima tahun lapan bulan di sebuah bilik hotel di Jalan Ipoh, Sentul di sini pada 1.15 pagi, 3 Mac lepas.

Pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh selepas pertuduhan itu dibacakan di hadapan Majistret Amira Abd Aziz, berikutan kes berkenaan di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mahkamah menetapkan sebutan kes pada 26 Mei ini.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Ravindejit Kaur manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Di Mahkamah Sesyen, isteri Muhammad Syafiq Daniel, Nur Nilam Kamaruddin, 26, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menganiaya kanak-kanak sama sehingga menyebabkan kecederaan fizikal terhadap mangsa di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pekan Kepong di sini pada 9 malam, 25 Februari  lepas.

Dia dituduh mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukan hukuman denda minimum RM10,000 dan maksimum RM50,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

TPR Joshua Tee Yee Khuan yang mengendalikan prosiding tidak mencadangkan jaminan atas alasan mangsa dalam kes berkenaan telah meninggal dunia.

Nur Nilam yang tidak diwakili peguam bagaimanapun memohon jaminan rendah dengan alasan sedang mengandung dua bulan selain perlu menjaga tiga anak.

Hakim Siti Shakirah Mohtarudin membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan sebulan sekali sehingga kes selesai dan menetapkan 9 April depan sebutan kes. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

2

Semasa 15 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

4

Semasa 4 hari yang lalu

Syed Saddiq Bebas, Mahkamah Persekutuan Kekal Keputusan Lepas Dan Bebas 

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Singapura 10 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad