web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jangan Sebar Kenyataan Hina, Persenda Agama Di Media Sosial - Aaron

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Mar 2025 8:31AM

Aaron Aro Dagang - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Perpaduan Datuk Aaron Ago Dagang memberi amaran keras kepada semua pihak agar tidak mengulangi perbuatan menyebarkan kenyataan berbentuk provokasi, penghinaan dan mempersendakan agama di platform media sosial.

"Saya memohon Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) segera mengambil tindakan sewajarnya terhadap individu yang terlibat dalam penyebaran kandungan tidak bertanggungjawab ini.

"Tindakan tegas melalui Seksyen 298 Kanun Keseksaan, Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 505 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 perlu diambil untuk memastikan keselamatan serta keharmonian masyarakat sentiasa terpelihara," katanya

Beliau berkata demikian susulan tindakan segelintir netizen yang menyebarkan kenyataan berkaitan isu 3R (Kaum, Agama dan Raja) di platform media sosial.

Aaron berkata kementeriannya akan terus melaksanakan Kempen Cakap Baik-Baik serta menerapkan prinsip integrasi nasional Faham, Hormat dan Terima melalui pelbagai program bagi mendidik rakyat Malaysia supaya menghormati agama dan budaya penganut lain.

"Setiap individu bertanggungjawab untuk memastikan bahawa ruang maya digunakan dengan bijak dan tidak menimbulkan perpecahan atau ketegangan dalam masyarakat. 

“Tindakan tidak bertanggungjawalo yang menjurus kepada perbuatan menghina agama dan sensitiviti kaum adalah suatu ancaman kepada keamanan dan keharmonian negara," katanya.

Aaron juga mengingatkan rakyat yang terlibat menyebarkan kenyataan provokasi dan penghinaan terhadap agama lain supaya memikirkan kesan buruk perbuatan mereka terhadap keharmonian masyarakat di negara ini.

"Tindakan provokatif yang tidak menghormati perasaan agama dan kaum lain boleh merosakkan keharmonian negara kita," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Perpaduan Negara Depani Ujian Getir, Media Sosial Perlu Diguna Dengan Beretika

2

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Tiada Kompromi Untuk Pihak Yang Cuba Gugat Keharmonian Negara’ - Menteri

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Singapura 12 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad