web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Tiada Kompromi Untuk Pihak Yang Cuba Gugat Keharmonian Negara’ - Menteri

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jan 2025 2:21PM

KK Mart di UM ini disimbah cat merah gara-gara isu sandwich baru-baru ini - Gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba mengganggu gugat keharmonian negara.

Menteri Perpaduan, Datuk Aaron Aro Dagang berkata, perpaduan dan keharmonian adalah aset terpenting negara yang dibarisi masyarakat  berbilang kaum, budaya dan agama.

Menurut beliau, mutakhir ini terdapat tindakan dan kenyataan tertentu yang mencetuskan ketegangan dalam kalangan rakyat, khususnya apabila berlakunya pelbagai insiden menganggu gugat keharmonian.

“Ia termasuk baru-baru ini di sebuah cawangan kedai serbaneka KK Mart di Universiti Malaya (UM) yang disimbah cat merah oleh individu tidak bertanggungjawab.

“Ketika ini, isu berkenaan penjualan produk sandwich ham dan keju telah berada dalam siasatan pihak berkuasa (Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan penguatkuasa KPDN),” katanya. 

Aaron Aro Dagang - Gambar BERNAMA
Aaron Aro Dagang - Gambar BERNAMA

Aaron menarik perhatian, kementerian telah menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan Isu Perpaduan dan akan meluaskan perkhidmatan Mediator Komuniti di peringkat akar umbi serta penggunaan sistem e-Sepakat. 

“Sistem ini akan diperluaskan kepada orang ramai bagi membolehkan mereka membuat laporan berkaitan isu perpaduan,” katanya. 

Jelas beliau, semua pihak diminta agar tidak mengeruhkan keadaan  dengan mengeluarkan atau membuat tindakan provokasi.

“Saya ingin mengingatkan bahawa setiap warganegara Malaysia mempunyai tanggungjawab untuk menjaga dan memelihara sensitiviti demi memastikan keamanan dan kesejahteraan negara kekal terjamin. 

“Saya ingin menggesa agar semua pihak, sama ada individu mahupun kumpulan, tidak melakukan apa-apa tindakan atau kenyataan yang boleh merosakkan hubungan baik antara kaum dan agama di Malaysia,” katanya. 

Tegas beliau, semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing dengan lebih bertanggungjawab dalam memperkukuh hubungan antara masyarakat.   

“Kehidupan berbilang kaum dan agama di Malaysia ini bertunjangkan prinsip saling memahami, menghormati, dan menerima. 

“Prinsip ini selari dengan nilai-nilai murni yang terkandung dalam Rukun Negara serta prinsip integrasi nasional iaitu Faham, Hormat dan Terima,” katanya. 

Beliau berkata, amat penting bagi rakyat untuk terus menghormati nilai-nilai ini sebagai asas perpaduan nasional, sebagai sebuah negara yang sedang menuju ke arah kemajuan.

“Apa-apa tindakan atau ucapan yang melanggar prinsip-prinsip ini harus dihentikan segera demi menjaga keamanan yang telah lama kita nikmati. 

“Saya juga ingin menekankan bahawa perpaduan bukanlah tugas eksklusif kerajaan semata-mata, tetapi tanggungjawab setiap rakyat Malaysia,” katanya. 

KK Mart baru-baru ini sekali lagi menjadi isu hangat susulan penemuan   produk makanan iaitu pek sandwich dengan status halal yang meragukan. - Getaran, 22 Januari 2025 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Perpaduan Negara Depani Ujian Getir, Media Sosial Perlu Diguna Dengan Beretika

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Jangan Sebar Kenyataan Hina, Persenda Agama Di Media Sosial - Aaron

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Serangan KK Mart Berterusan: KK Mart Kuching Mangsa Ketiga

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Insiden Lempar Bola Api: Polis Kerah Seluruh Kekuatan Kawal, Kekalkan Ketenteraman Awam

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad