web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Insiden Lempar Bola Api: Polis Kerah Seluruh Kekuatan Kawal, Kekalkan Ketenteraman Awam

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Mar 2024 8:35PM

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, polis akan mengerah seluruh kekuatan bagi mengawal dan mengekalkan ketenteraman awam di negara ini susulan insiden melempar bola api ke kedai serbaneka KK Mart Sungai Isap di Kuantan pada 5 pagi tadi.

Beliau berkata, polis memandang serius percubaan membakar KK Mart itu yang juga insiden kedua selepas perkara sama berlaku di KK Mart Bidor, Perak pada 26 Mac lalu.

"Tindakan undang-undang sudah diambil ke atas Pengarah dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Super Mart dan pembekal stoking Xin Jian Chang Sdn Bhd. Pembekal dan penjual sudahpun didakwa di mahkamah.

"Namun, kejadian ini menjadi bahaya apabila ada pihak yang mengambil kesempatan meniup sentimen agama, kaum dan kelompok untuk kepentingan tertentu," menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Saifuddin Nasution berkata, insiden sedemikian menimbulkan keresahan penduduk setempat dan rakyat secara keseluruhan menjelang Aidilfitri.

"Keresahan rakyat adalah apakah mereka yang tidak bertanggungjawab ini akan mengambil kesempatan ketika rakyat bergembira menyambut Aidilfitri dengan melempar bola api ke arah KK Mart.

"Terbukti kebimbangan kita dalam isu 3R (raja, agama dan bangsa) selama ini adalah berasas dan munasabah sekalipun dipertikai oleh sesetengah pihak dan isu stoking ini menunjukkan begitu mudah emosi serta sentimen rakyat dimainkan oleh golongan yang tidak bertanggungjawab," katanya.

Beliau berkata, walaupun tindakan menggesa dan mendorong orang ramai memboikot sesuatu jenama mungkin bukan satu kesalahan undang-undang tetapi ia adalah satu kesalahan apabila bertindak menceroboh atau cuba membakar premis KK Mart.

Justeru, Saifuddin Nasution berkata, perbuatan melempar bola api boleh mengakibatkan kemusnahan harta benda serta kehilangan nyawa dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan tetap mengambil tindakan berasaskan undang-undang demi kepentingan orang ramai.

"Saya mengajak mereka yang mendorong pemboikotan ini ikut mengambil tanggungjawab meredakan dan hentikan terus perbuatan membakar sentimen orang ramai.

"Beri ruang dan kepercayaan sepenuhnya kepada PDRM untuk menjalankan tugas mengesan, menangkap serta menyiasat individu yang terlibat. Biar proses undang-undang berjalan demi keamanan, ketenteraman rakyat dan negara," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 16 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Semasa 17 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

3

Semasa 2 hari yang lalu

PDRM mohon Notis Merah Interpol Kesan Tamim Dahri

4

Semasa 2 hari yang lalu

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar