web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Perintah Khidmat Masyarakat Dijangka Kuat Kuasa Tahun Ini - Kor Ming

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Feb 2025 3:29PM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Pelaksanaan perintah khidmat masyarakat hingga 12 jam bagi kesalahan pembuangan sampah kecil dijangka berkuat kuasa pada tahun ini juga, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.

Beliau berkata sesi libat urus dan penerangan kepada pihak berkaitan sudah dilakukan beberapa kali dalam memastikan perintah khidmat masyarakat itu dapat direalisasikan.

"la (perintah itu) dijangka tahun ini. Dah banyak kali saya buat libat urus dan kita dah banyak kali berikan penerangan.

"Undang-undang ini akan dikuatkuasakan tahun ini. Jangan lupa 2026 tahun Tahun Melawat Malaysia dan kita menjangkakan kehadiran 35 juta pengunjung, kita mahu pelancong untuk mempunyai tanggapan yang baik (terhadap negara)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Taman Rekreasi MADANI Woodlands Il Bandar Baru Tambun di sini hari ini.

Pada 19 Februari, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (КРКТ) memaklumkan mengenai cadangan melaksanakan perintah khidmat masyarakat, melibatkan pindaan terhadap Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) serta Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133).

Kementerian itu memaklumkan pelaksanaan perintah khidmat masyarakat tersebut bertujuan meningkatkan kesedaran serta mendidik masyarakat supaya peka terhadap kebersihan dan tidak membuang sampah kecil di kawasan awam sewenang-wenangnya.

Sementara itu, Kor Ming berkata beliau dijangka membentangkan pindaan akta berkenaan pada 6 Mac iaitu dalam sesi Sidang Dewan Rakyat kali ini.

Kor Ming hari ini turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM10 juta kepada Perak tahun ini bagi pembinaan sekurang-kurangnya 20 Taman Rekreasi MADANI di negeri ini.

"Sekarang dasar kita satu tahun 100 taman, jadi saya komited untuk siapkan 1,000 taman dalam masa 10 tahun. Tahun lepas kita lebih daripada sasaran, kami capai 109 di bawah pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Jabatan Landskap Negara, tahun ini sasaran kita 100 (taman) lagi," katanya.

Berkenaan Taman Rekreasi MADANI Woodlands II Bandar Baru Tambun, Kor Ming berkata sebuah syarikat pemaju swasta Total Investment Sdn Bhd telah menyumbangkan sebanyak RM500,000 bagi membina taman itu.

Dalam pada itu, Kor Ming berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka hadir ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran KPKT pada 25 April depan di Ipoh, yang akan dihadiri kira-kira 20,000 pengunjung. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Kanak-Kanak Autistik Ditemukan Maut Dalam Longkang, Meninggal Dunia Akibat Lemas

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Kartel Perolehan Awam RM2.5 Juta Tumpas, 13 Individu Ditahan

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

4

Video & Galeri 1 bulan yang lalu

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 14 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 10 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad