Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Perjuang Nasib Haiwan Terbiar, Pak Mie Shelter Rayu Bantuan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Feb 2021 4:06PM

Badirol menggalas tanggungjawab arwah bapanya untuk menguruskan Restu Animal Shelter

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR : Kemanusiaan adalah perjuangan tanpa batas sempadan, kerana ia mencakupi setiap ruang lingkup peradaban manusia.

Tiada tarikh luput untuk berbuat baik, sama ada sesama insan atau ke atas haiwan, kerana setiap yang bernyawa itu memerlukan kasih sayang berpanjangan.

Pada ketika dunia dilingkari kekejaman serta kezaliman, mencari setitis nilai manusiawi itu umpama mengasingkan mutiara dari pepasir, sulit dan menyakitkan.

Kita sudah terlalu sering dimomokkan dengan kekejaman dilakukan sesama manusia, lantas bukan sesuatu luar biasa jika ada yang lebih memilih untuk menumpahkan kasih sayang ke atas haiwan.

Nama Halijah Idris, 73 pernah menjadi sebutan satu ketika dahulu apabila bertekad untuk mengusahakan sebuah pusat perlindungan haiwan terbiar bersama suaminya,  Allahyarham Md Azmi Ismail.

Misi pasangan berhati mulia itu tidak terhenti selepas pemergian Md Azmi atau mesra dengan panggilan Pak Mie pada 2015 akibat angin ahmar dan pendarahan dalam otak, sebaliknya diteruskan Halijah, yang lebih dikenali sebagai Mak Intan dalam kalangan penduduk setempat.

Keuzuran Mak Intan menyebabkan tugas mengurus Restu Animal Shelter atau Pak Mie Shelter kini tersandar di bahu anak lelaki pasangan terbabit, Mejar (B) Badirol Hisham Ramli, 54.

Badirol Hisham Ramli
Badirol Hisham Ramli

Pesanan ibunya agar legasi Pak Mie Shelter diteruskan, digalas sebaiknya oleh Badirol, walaupun pada hakikatnya pesara tentera itu bukan seorang pencinta haiwan.

Berpegang kepada pesanan ‘syurga di bawah telapak kaki ibu’, bapa tiga anak itu bertekad meneruskan usaha menguruskan pusat perlindungan berkenaan, walaupun diduga seribu cabaran.

Pak Mie Shelter, terletak di Jalan Tanjung Bendahara buat masa ini menempatkan lebih 600 anjing dan kucing jalanan yang kesemuanya diuruskan Badirol, menggunakan wang hasil sumbangan orang ramai.

Bercakap kepada Getaran ketika ditemui baru-baru ini, anak sulung daripada tiga adik beradik itu memberitahu, 2021 dianggap detik paling mencabar buat Pak Mie Shelter, sejak mula menguruskan pusat perlindungan berkenaan tiga tahun lalu.

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 (PKP 2.0) susulan penularan pandemic COVID-19 katanya, menjadi antara punca sumber kewangan mereka menyusut dengan mendadak, menyebabkan ada di antara haiwan terbabit terpaksa diserahkan kepada orang ramai.

“Sumber kewangan kami berkurangan hampir 60 peratus, dan ia memaksa saya untuk tidak lagi menerima sebarang haiwan yang mahu ditempatkan di sini,” katanya.

Badirol yang bersara awal dari perkhidmatan semata-mata mahu membantu Mak Intan menguruskan Pak Mie Shelter berkata, krisis kewangan itu memaksa mereka menyerahkan lebih 60 ekor anjing kepada individu berminat.

“Hanya Tuhan yang tahu betapa berat hati saya untuk berpisah dengan semua haiwan itu selepas lebih tiga tahun menjaganya seperti keluarga sendiri.

“Besar sungguh kuasa Allah SWT, saya yang sebenarnya tidak gemarkan haiwan jatuh cinta dengan ciptaan Tuhan ini, malah tidak lagi kekok menumpahkan sepenuh perhatian dan kasih sayang,” katanya.

Mengakui sangat kekok menguruskan Pak Mie Shelter pada awal pembabitan, Badirol berkata ia mungkin didorong oleh latihan ketenteraan yang diterimanya sepanjang 32 tahun perkhidmatan, agar sentiasa bersikap tegas dan serius semasa bertugas.

“Dulu saya tidak suka haiwan. Berbanding dengan ibu saya, beliau amat sayangkan haiwan sehingga beliau langsung tidak mahu makan ayam kerana pernah membela haiwan itu.

“Lama kelamaan, baru saya sedar, haiwan juga perlukan kasih sayang seperti manusia. Jangka hayat haiwan juga tidak panjang seperti manusia, jadi kita wajar berkongsi sedikit kasih sayang dengan mereka,” katanya.

 Badirol menarik perhatian, mereka memerlukan hampir RM9,000 setiap bulan bagi menampung perbelanjaan makanan dan perubatan 380 anjing serta 180 kucing.

“Kami tidak mempunyai gaji, malah Pak Mie Shelter juga tidak dilengkapi bekalan elektrik atau air,  menyebabkan kami hanya mampu menggunakan generator bagi mendapatkan bekalan air dari Sungai Kedah yang terletak berhampiran.

“Jadi, kos yang diperlukan itu adalah semata-mata untuk bekalan makanan dan perubatan semua haiwan berkenaan,” katanya.

Bagai jatuh ditimpa tangga, Badirol memberitahu, pihaknya menerima arahan notis berpindah oleh Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) pada Januari lalu, bagi memberi laluan kepada projek pembinaan loji rawatan kumbahan serantau dan rangkaian paip pembetungan Kota Setar yang sedang berjalan.

Pada masa sama,  Mak Intan disahkan menghidap kanser ovari tahap  empat, dan perlu menerima rawatan pembedahan segera berikutan sel kanser yang disyaki sudah merebak ke bahagian usus.

“Semuanya berlaku dalam sekelip mata. Sebelum ini ibu saya tidak pernah sakit teruk tetapi pada 20 Januari lalu, ibu secara tiba-tiba diserang demam panas, cirit-birit dan muntah.

“Doktor akhirnya mengesahkan ibu menghidap kanser ovari tahap empat dan perlu menjalani pembedahan segera,” katanya.

Badirol berkata, Mak Intan sebelum menjalani rawatan pada 25 Januari lalu sempat menitipkan pesan untuk Pak Mie Shelter dijaga dan dipertahankan walau apa juga keadaan.

“Kami akur dengan arahan MBAS untuk Pak Mie Shelter berpindah dari tanah rizab kerajaan yang diduduki sekarang sebelum 18 Februari, namun penempatan sementara amat diperlukan untuk kesemua 600 anjing dan kucing itu.

“Sekurang-kurangnya Pak Mie Shelter memerlukan kawasan lapang seluas 0.4 hektar bagi membolehkan sebuah pusat perlindungan sementara dibina, sebelum kami berusaha mengumpul dana bagi mencari lokasi yang lebih sesuai,” katanya.

Badirol menjelaskan, Datuk Bandaraya Alor Setar, Datuk Zaid Ahmad dan MBAS sebelum ini pernah beberapa kali turut membantu mencari penempatan baharu di luar daerah Kota Setar, namun ia menerima bantahan masyarakat setempat.

"Ada tiga cadangan sebelum ini iaitu satu di Pokok Sena namun penduduk di situ membantah, manakala dua lagi terletak berhampiran tapak pelupusan sampah di Pendang, yang tidak sesuai untuk jangka masa panjang,” katanya.

Beliau pada pertemuan itu turut meluahkan harapan untuk melihat Pak Mie Shelter menerima tajaan mana-mana badan korporat atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO), dalam menyediakan penempatan baharu pusat perlindungan berkenaan.

“Pusat ini adalah legasi kebajikan yang ditinggalkan arwah ayah, dan ia adalah satu bukti kewujudan sepasang suami isteri yang menghabiskan sisa usia mereka demi memperjuangkan nasib haiwan jalanan.

“Saya tidak mahu usaha yang dimulakan dengan susah payah ini terhenti begitu sahaja, dan ia perlu dipertahankan selagi daya,” katanya. – Getaran, 9 Februari 2021

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 1 hari yang lalu

Dia Pun Nak Beraya Jugak

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Peniaga Medan Pasar Besar Alor Setar Bantah Sewa Naik 'Mencanak'

3

Semasa 10 bulan yang lalu

Islam Perintah Kasihi Haiwan, Ia Adalah Ibadah Kepada Allah

4

Rencana 11 bulan yang lalu

Cuaca Panas: Haiwan Juga Berisiko Kena Strok Haba

Sorotan

1

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

2

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

3

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

4

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

5

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

6

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

7

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Tunggakan Gaji Bekas Kakitangan Kedah Agro Diselesaikan Secara Berperingkat

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Helikopter: Bedah Siasat 10 Mangsa Selesai 2.20 Petang - TLDM

Semasa 7 jam yang lalu

Beban Tugas: KKM Pusat, Negeri Telah Diarah Lihat Semula Sumber Tenaga - Menteri

oleh Sophia Ahmad