web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lagi Bayi Maut Di Taska

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jan 2025 12:50PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Seorang bayi lelaki berusia empat bulan dipercayai meninggal dunia di sebuah Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska) di Bandar Saujana Putra dekat sini pada Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat Superintendan Mohd Akmalrizal Radzi berkata laporan diterima daripada seorang doktor dari klinik di kawasan Bandar Saujana Putra pada 3.29 petang, Jumaat lepas (3 Januari) mengenai seorang bayi lelaki dalam keadaan tidak sedarkan diri telah dibawa oleh pengasuh Taska tersebut.

"Bayi tersebut tiba dalam keadaan pucat, bibir dan kaki kebiruan, tanpa nafas serta tiada tindakan balas pada anak mata. Pengadu segera melakukan resusitasi kardiopulmonari (CPR) dan bantuan oksigen sebelum ambulan tiba.

"Bayi tersebut dihantar ke Hospital Putrajaya dan disahkan meninggal dunia pada 5.05 petang selepas usaha menyelamatkan selama lebih 30 minit gagal," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Akmalrizal berkata polis telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2011, dan keterangan pengusaha serta pekerja Taska telah diambil, namun tiada tangkapan dibuat setakat ini.

"Siasatan awal mendapati Taska tersebut tidak berlesen, dan permohonan lesen masih belum diluluskan," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 14 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Semasa 15 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

3

Semasa 2 hari yang lalu

PDRM mohon Notis Merah Interpol Kesan Tamim Dahri

4

Semasa 2 hari yang lalu

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar