web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Usaha Jadikan Sarawak Hab Tenaga Baharu Dibincang Dengan PM Jepun Esok - PM

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jan 2025 12:42PM

Anwar Ibrahim - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Cadangan menjadikan Malaysia khususnya Sarawak sebagai hab tenaga baharu di rantau ini dijangka menjadi antara fokus perbincangan dalam pertemuan dengan Perdana Menteri Jepun Shigeru Ishiba esok, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ishiba akan mengadakan lawatan rasmi selama dua hari ke Malaysia bermula hari ini dan turut dijadual mengadakan pertemuan dengan Anwar.

Anwar berkata perancangan baharu itu, yang diikhtiarkan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg, merupakan satu pelan yang sangat kritikal dalam bidang peralihan tenaga. 

“Kita akan bicara beberapa isu pelaburan, perdagangan dan suatu rencana baharu yang sangat kritikal dari segi peralihan tenaga atas ikhtiar Premier Sarawak, Abang Johari.

“Kita harap dalam perbincangan itu akan merencana menjadikan Malaysia, khususnya Sarawak, sebagai hab tenaga bagi rantau ini,” katanya ketika merasmikan Forum Ekonomi Malaysia di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Ekonomi Rafizi Ramli, Abang Johari dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Anwar pernah berkata Sarawak mempunyai potensi besar menjadi kuasa dalam hab tenaga baharu, sekali gus menarik keyakinan pelaburan asing dengan perbincangan dengan negara lain menyaksikan Sarawak menjadi tumpuan utama sebagai hab tenaga di Malaysia.

Abang Johari sebelum ini dilaporkan berkata Kerajaan Sarawak optimis mereka mampu menjadi ‘power house’ dalam pengeluaran elektrik berikutan kemampuan mengeluar dan membekalkannya kepada negara jiran dan ia juga sudah terbukti apabila berjaya membekalkan tenaga elektrik ke Kalimantan Barat, Indonesia.

Beliau juga dilapor berkata Kerajaan Sarawak percaya kepakaran dimiliki rakyatnya dalam bidang elektrik dan tenaga baharu akan membantu wilayah itu muncul sebagai hab utama sektor berkenaan di rantau ASEAN. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Forest  City: Usir Segera Warga Israel Jika Dakwaan Terbukti - PM

2

Politik 3 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

3

Politik 6 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Persekutuan Komited Pastikan Agenda Pembangunan Rakyat Diteruskan - PM

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Johor Akan Lebih Baik Jika Ditadbir Pemimpin Yang Berani’ - Anwar

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad