web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tikam Ibu Saudara, Remaja Perempuan Mengaku Tak Bersalah

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jan 2025 4:30PM

Suspek ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Bukit Mertajam hari ini - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BUKIT MERTAJAM - Seorang remaja perempuan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menikam ibu saudaranya, Jumaat lepas.

Tertuduh yang berusia 14 tahun itu didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap ibu saudaranya yang berusia 34 tahun, dengan menggunakan sebilah pisau di flat di Jalan Prai Jaya, Seberang Perai Tengah di sini pada 11.30 pagi, 3 Januari lepas.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.

Pada prosiding berkenaan, Timbalan Pendakwa Raya Zulfadzly Hassan menawarkan jaminan RM5,000 manakala tertuduh yang diwakili peguam Muhaimin Hashim merayu agar wang jaminan dikurangkan atas alasan anak guamnya merupakan seorang kanak-kanak dan masih bersekolah.

Majistret Mohd Harith Mohd Mazlan kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin selain syarat tambahan, iaitu tertuduh tidak boleh mengganggu mangsa sehingga kes selesai.

Mahkamah turut menetapkan 20 Mac 2025 bagi mendapatkan laporan forensik dan perubatan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 12 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

2

Semasa 17 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

4

Semasa 4 hari yang lalu

Syed Saddiq Bebas, Mahkamah Persekutuan Kekal Keputusan Lepas Dan Bebas 

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar