web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tolak Ideologi Ekstrem Yang Memecahkan Rakyat - Khaled Nordin

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Sep 2024 7:55AM

Mohamed Khaled Nordin - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Masyarakat di negara ini perlu menolak segala amalan dan ideologi ekstrem yang boleh memecahbelahkan rakyat serta merugikan negara, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata amalan dan ideologi ekstrem ini bercanggah dengan nilai serta pegangan dalam sebuah negara majmuk yang meraikan kepelbagaian.

"Perkara ini (menolak amalam dan ideologi ekstrem) selari dan mendukung aspirasi Malaysia MADANI. Ini kerana, di bawah aspirasi ini, kita komited mahu menyerlahkan pegangan dan sistem nilai yang unggul. 

"Pegangan dan sistem nilai unggul ini mengajak masyarakat supaya meletakkan insan, kesejahteraan insan serta keharmonian lingkungan sebagai matlamat bersama," katanya pada Majlis Malam Amal Kempen Tabung Pahlawan (KTP) 2024 dan Pelancaran Kad Veteran Digital di Wisma Perwira ATM di sini semalam.

Turut hadir Penaung KTP Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari, Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Hafizudeain Jantan, Panglima Tentera Laut, Datuk Laksamana Zulhelmy Ithnin dan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV ATM), Mejar Jeneral Datuk Semaon Marjuki.

Dalam pada itu, Mohamed Khaled berkata seramai 48,000 veteran telah mendapat bantuan kebajikan melalui Tabung Pahlawan antaranya termasuk bantuan sara hidup, bencana alam dan kesihatan seperti kemudahan dialisis, penyediaan anggota atau bahagian badan palsu, inisiatif perumahan dan bantuan pengurusan jenazah.

Beliau berkata sehingga kini seramai 300,000 anggota veteran direkodkan dan mereka merupakan golongan sasar untuk disantuni dan dibantu terutamanya melibatkan perkara-perkara yang tidak disediakan pihak kerajaan antaranya seperti bantuan susu khas dan lampin pakai buang.

"Malah, sebahagian besar mereka yang memerlukan bantuan ini adalah veteran terlantar yang daif, berpendapatan rendah dan tidak mampu menguruskan diri," katanya.

Sehubungan itu beliau menyeru lebih ramai individu dan syarikat korporat supaya menyalurkan sumbangan ke tabung berkenaan dan JHEV akan cuba memudahkan proses permohonan berkenaan kepada veteran yang memerlukan. - BERNAMA

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 16 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran