web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Polis Terus Bongkar Kegiatan GISBH, Rampas Buku, Risalah Berkaitan Al-Arqam

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Sep 2024 8:10AM

Razarudin Husain - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penemuan ratusan buku dan risalah berkaitan ajaran Al-Arqam dalam serbuan dilakukan di premis berkaitan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) di beberapa negeri semalam menjadi satu lagi bukti penting bahawa organisasi itu dipercayai masih berkiblatkan ajaran yang pernah difatwakan sesat pada 1994 itu.

Di Kelantan, puluhan buku berkaitan doktrin diperjuangkan organisasi itu dikesan ditanam di tepi sungai berhampiran kediaman kumpulan itu di Kampung Panji, Kota Bahru, Kelantan selain ada yang dibakar dipercayai bagi menghapuskan bukti selain mengelak daripada dirampas pihak berkuasa.

Bukti tersebut diperoleh menerusi serbuan di sebuah penempatan keluarga pengurusan tertinggi GISBH di kampung itu yang menempatkan tiga buah rumah dipercayai dihuni 30 orang termasuk isteri kedua dan lebih 20 kanak-kanak.

Di Melaka pula, ratusan buku dan barangan berkaitan ajaran sesat itu turut ditemukan dalam serbuan dilakukan ke atas 19 premis berkaitan GISB termasuk 12 keping gambar pengasas Al-Arqam Ashaari Muhammad, 138 buku berkaitan Al-Argam dan jadual Zikir Aurad Muhammadiyah.

Sementara itu Op Global semalam memasuki fasa keempat dengan gerak gempur bagi mengesan saki baki anggota kumpulan yang mengeksploitasi kanak-kanak dan agama itu diperhebat hampir di seluruh negeri di Semenanjung.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata hasil serbuan di 82 premis yang disyaki mempunyai kaitan dengan gerakan GISBH, polis menahan seramai 155 orang serta menyelamatkan mangsa terdiri daripada 102 lelaki dan 84 wanita.

Angka terbaharu itu menjadikan jumlah yang ditahan setakat ini lebih 300 individu termasuk pengurusan tertinggi GISBH dan 588 mangsa berjaya diselamatkan.

Razarudin berkata setakat ini tujuh suspek berjaya dituduh di mahkamah dengan 29 pertuduhan manakala mangsa berusia 18 tahun ke atas diserahkan kepada waris dan mangsa bawah 18 tahun diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat mengikut Seksyen 25(2) Akta Kanak-kanak 2001.

Isu GISB turut mendapat perhatian Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menzahirkan rasa dukacita dengan kegiatan jenayah membabitkan syarikat tersebut dan rangkaiannya.

Sultan Selangor turut menzahirkan kekesalan serta rasa kecewa kerana dilaporkan terdapat beberapa premis GISBH di negeri itu beroperasi tanpa berdaftar serta berlanjutan untuk tempoh lama dan menitahkan agar premis berkendan ditutup segera selain tidak dibenarkan beroperasi. 

Dalam pada itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata isu berkaitan doktrin fahaman GISBH akan dibincangkan oleh Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) yang bersidang dari Selasa hingga Khamis ini.

Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad pula berkata negeri itu hanya akan mengisytiharkan ajaran dalam GISBH sebagai sesat sekiranya menyamai organisasi Al-Arqam yang difatwakan haram sebelum ini dan hal itu memerlukan siasatan lanjut serta bukti sahih sebelum sebarang keputusan dimuktamadkan.

Pada masa sama, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menafikan dakwaan kononnya persatuan itu bersekongkol melindungi ahli kumpulan GISBH selain mengamalkan ajaran sesat.

PPIM dalam kenyataan hari ini menjelaskan persatuan itu tidak pernah mengetahui sebarang isu dalam GISBH yang dikaitkan dengan pelbagai dakwaan termasuk jenayah seksual terhadap kanak-kanak, pemerdagangan manusia dan pengubahan wang haram sehinggalah perkara tersebut didedahkan baru-baru ini. - BERNAMA

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad

Singapura 1 hari yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad