web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bayi Maut: MINDEF Akan Bantu Proses Perubahan Penempatan Anggota

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Sep 2024 7:08PM

Adly Zahari (kanan) ketika menziarahi ibu bapa Muhammad Al Fateh Amri - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR GAJAH - Kementerian Pertahanan akan membantu mempercepat permohonan perubahan penempatan tugas bagi anggotanya yang kematian anak berusia lapan bulan di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) semalam, kata Timbalan Menterinya Adly Zahari.

Beliau berkata kementerian memahami apa yang sedang dialami oleh Mejar Mohd Fikry Amri Abdul Halim, 39, dan isterinya, Sabrina Hakiem Zaini, 39, bukan sesuatu yang mudah kerana mereka telah berusaha selama 13 tahun untuk mendapatkan anak.

"Dalam tempoh sukar ini, kita akan bantu agar suami (Mejar Mohd Fikry Amri) yang merupakan anggota Rejimen Askar Jurutera Diraja dapat berada satu rumah bersama isterinya (Sabrina) memandangkan beliau bertugas di Kem Perdana Sungai Besi (Kuala Lumpur) manakala isterinya di Melaka.

"Kita akan membantu dengan cara memanjangkan permohonan mereka untuk perubahan penempatan, namun itu bergantung juga kepada kelulusan peringkat perkhidmatan anggota pertahanan itu," katanya kepada pemberita selepas menziarahi pasangan suami isteri itu di rumah mereka di Taman Kelemak Utama di sini hari ini.

Adly berkata pihaknya juga akan memantau kebajikan pasangan berkendan termasuk memberikan bantuan psikologi diperlukan.

"Kita nampak suami paling terkesan dan disebabkan itulah kita akan berikan semua bentuk bantuan yang bukan sahaja melibatkan aspek fizikal tetapi juga psikologi. Hal ini kerana kita mahu memastikan kestabilan kepada keluarga anggota ini kerana ia akan memberi kesan kepada perkhidmatannya nanti," katanya.

Adly yang juga Ahli Parlimen Alor Gajah mahu satu pemantauan dan tindakan tegas diambil oleh pihak berwajib terutama Jabatan Kebajikan Masyarakat terhadap taska swasta yang cawangannya tidak mempunyai lesen.

Semalam media melaporkan bayi berkenaan Muhammad Al Fateh Amri ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri, berkeadaan biru dan hidung berdarah selepas dihantar oleh ibu dan datuknya ke sebuah taska sebelum dibawa ke Hospital Alor Gajah dan doktor mengesahkan kematiannya.

Ekoran kejadian itu, seorang wanita berusia 34 tahun yang merupakan pengasuh di taska di Taman Kelemak Utama direman seminggu bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - BERNAMA

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Politik 18 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad