web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Samun: 2 Lelaki Pakistan Cedera Dilibas Parang

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Sep 2024 6:37PM

Kejadian berlaku ketika kedua-dua mangsa sedang menjaga kedai - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Dua beradik lelaki warga Pakistan cedera dilibas dengan parang dalam satu cubaan samun dekat Kampung Periok, Chabang Empat di Tumpat hari ini.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Mohd Khairi Shafie berkata, kejadian berlaku ketika kedua-dua mangsa berusia 26 dan 33 tahun itu sedang menjaga kedai mereka, sebelum dua lelaki yang menutup muka dan bersenjatakan parang menyerbu kedai tersebut.

"Mangsa bertindak melawan kedua-dua suspek sehingga menyebabkan mereka mengalami kecederaan pada tangan akilbat dilibas senjata itu.

"Salah seorang mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian lengan kiri, manakala seorang lagi cedera ringan dan kedua-duanya dihantar ke Hospital Tumpat untuk menerima rawatan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata semakan kamera litar tertutup ditempat kejadian mendapati suspek mengunakan kenderaan jenis Proton Saga BLM dengan nombor pendaftaran BKJ 897.

Pihak polis sedang mengesan pemilik kenderaan berkenaan untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan. - BERNAMA

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 10 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad