web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pemberian Pampasan Kepada Keluarga Mangsa Tanah Jerlus Dibawa Ke Mesyuarat Kabinet

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Sep 2024 7:53PM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Cadangan pemberian pampasan kepada keluarga wanita warga India yang hilang dalam kejadian tanah jerlus di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur akan dibawa dan dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet pada Rabu ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa berkata perkara itu sudah dirancang dan akan dikemukakan dalam mesyuarat berkenaan.

"Saya ingat nak bawa perkara ini ke mesyuarat Kabinet (untuk dibincangkan)...Insya Allah minggu depan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah Floria Diraja Putrajaya 2024 di sini hari ini.

Floria Diraja Putrajaya 2024 edisi ke-13 yang melabukan tirainya hari ini telah merekodkan sebanyak 800,000 pengunjung sepanjang 11 hari penganjuran.

Terdahulu, Dr Zaliha berkata kerajaan sedia mempertimbangkan untuk pemberian pampasan selepas operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita berusia 48 tahun itu yang memasuki hari kesembilan dihentikan, semalam.

Pada 23 Ogos lepas, seorang wanita dikenali sebagai G. Vijaya Lakshmi berasal dari Kuppam, Andhra Pradesh, India hilang selepas terjatuh ke lubang sedalam lapan meter di Jalan Masjid India.

Sementara itu, Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif berkata semua permohonan kebenaran merancang pembinaan di ibu kota perlu disertakan dengan laporan geoteknikal yang disediakan oleh konsultan bertauliah.

"Syarat ini terpakai kepada permohonan yang sudah ada kelulusan tetapi arahan pembangunan belum dikeluarkan, serta permohonan yang masih dalam proses dan permohonan yang akan dikemukakan. Langkah ini akan dilaksanakan serta-merta," katanya.

Ditanya mengenai rangka kerja bagi proses baik pulih tanah jerlus yang dijangka mengambil masa antara tiga hingga enam bulan itu, Maimunah berkata ia termasuk pelaksanaan audit integriti, pemeriksaan saluran air Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dan kajian kekukuhan tanah dari segi geologi di kawasan berkenaan.

"Sebab itu ia memakan masa kerana kita perlukan kajian terperinci iaitu dari pintu gerbang Kampung Baru hingga Mydin (di Jalan Masjid India)," katanya.

Maimunah turut menasihati orang ramai agar mematuhi arahan dan memberi kerjasama kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sepanjang kerja-kerja pembaikan dijalankan di kawasan terlilbat. - BERNAMA

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad