web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Isu 3R: Muhyiddin Didakwa Di Mahkamah Gua Musang Esok - KPN

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Aug 2024 6:10PM

Muhyiddin Yassin - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin akan didakwa esok berhubung ucapannya yang dikatakan menyentuh isu berkaitan kaum, agama dan raja (3R) ketika berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri baru-baru ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata pendakwaan akan dibuat di Mahkamah Sesyen Gua Musang selepas pihaknya menerima arahan daripada Pejabat Peguam Negara (AGC).

"Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan," katanya ringkas ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu sistem e-Filing Mahkamah Persekutuan Malaysia memaklumkan sesi pendengaran kes berkenaan bermula pada pukul 9 pagi di hadapan Hakim Nik Mohd Tarmizie Nik Mond Shukri.

Sebelum ini media melaporkan polis telah menyerahkan kertas siasatan berhubung ucapan Ahli Parlimen Pagoh itu kepada AGC pada 21 Ogos lepas untuk tindakan lanjut.

Razarudin berkata pihaknya juga telah mengambil keterangan daripada Muhyiddin dan 66 saksi bagi membantu siasatan.

Sebelum ini tular di media sosial ucapan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu yang dikatakan menyentuh kewibawaan Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-16. - BERNAMA

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar