web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Anak Mangsa Tanah Jerlus Rayu Selamatkan Ibu

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Aug 2024 8:12AM

Keluarga mangsa ketika ditemui di lokasi kejadian malam tadi - Gambar DBKL

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - "Tolong selamatkan ibu saya," itu rintihan anak lelaki sulung wanita warga India yang menjadi mangsa insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India, pagi tadi sebaik tiba di lokasi kejadian.

Difahamkan, lelaki berusia 26 tahun dikenali sebagai Surya itu baru tiba ke negara ini dari Thailand serta terus bergegas ke lokasi kejadian pada kira-kira 9.30 malam tadi untuk melihat sendiri usaha pencarian ibunya.

Dia yang memakai baju putih berkotak hitam dilihat gagal menahan kesedihan dan terpaksa ditenangkan oleh beberapa ahli keluarga serta kenalannya yang berada di situ.

Terdahulu, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Shariff yang melawat lokasi kejadian sempat berbual bersama suami mangsa dengan bantuan jurubahasa.

Pada sidang media malam tadi, Maimunah memaklumkan bahawa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sedia membantu sebarang keperluan keluarga itu semasa mereka berada di negara ini sepanjang operasi pencarian dilakukan.

Mangsa, yang dikenali sebagai Vijayaletchumy, 48, dari Andhra, Kuppam dan keluarganya dijadualkan pulang ke India hari ini selepas dua bulan melancong di Malaysia.

Dalam insiden 8.20 pagi itu, mangsa sedang berjalan di hadapan Malayan Mansion, Jalan Masjid India sebelum tiba-tiba terjerlus ke lubang sedalam lapan meter. - BERNAMA

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 6 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad

Politik 7 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran