web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lelaki Mengamuk Guna Pisau Pemotong Daging Ditahan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Aug 2024 8:05AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH – Polis menahan seorang lelaki yang mengamuk dan membawa sebilah pisau pemotong daging di Dataran Keretapi Tanah Melayu Berhad di Jalan Dato Panglima Bukit Gantang di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner (ACP) Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata pihaknya dimaklumkan oleh orang awam bahawa suspek, yang disyaki kurang siuman, telah membawa sebilah pisau ke lokasi kejadian pada 1.56 tengah hari.

Beliau berkata pada kira-kira 2 petang, polis berjaya menahan suspek yang sedang mengamuk dan merampas pisau itu.

"Suspek seorang warga tempatan berusia 31 tahun yang merupakan penganggur. Hasil semakan mendapati suspek mempunyai empat rekod bagi kesalahan jenayah dan sembilan bagi dadah," menurutnya dalam kenyataan malam tadi.

Abang Zainal berkata kes disiasat mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

Beliau berkata semakan dengan pihak Hospital Bahagia Hulu Kinta mendapati suspek memiliki rekod sebagai pesakit mental justeru itu, dia dibawa ke sana untuk mendapatkan rawatan.

"Pihak polis ingin menasihati orang ramai agar tidak mengambil tindakan yang melangkaui undang-undang dan tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian ini bagi mengelakkan kekeliruan serta kegusaran dalam kalangan masyarakat," katanya.

Abang Zainal juga berkata suspek bertindak agresif dengan melibaskan pisau yang dibawanya beberapa kali ke arah polis ketika dihampiri dan diminta melepaskan senjata itu selain berlaku pergelutan semasa tangkapan dibuat.

Beliau berkata, dalam insiden itu seorang anggota polis cedera di bahagian siku kiri selepas proses tangkapan manakala tiada orang awam yang mengalami sebarang kecederaan, begitu juga dengan suspek.

"Semasa ditahan, suspek gagal mengemukakan kad pengenalan dan hanya memberikan butir-butir diri melalui akuan lisan," katanya. – BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Apa Masalahnya Ni Bang...

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Kelindan Lori Didakwa Rogol Warga Emas

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Remaja 13 Tahun Paksa Rakan Hisap Kemaluan, Ugut Dengan Pisau

4

Semasa 4 tahun yang lalu

Berang Dituduh Mencuri, Penganggur Ugut Guna Pisau

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 4 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 20 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 21 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad