web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Apa Masalahnya Ni Bang...

Video & Galeri Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Dec 2023 5:15PM

gambar media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Seorang peniaga mi di sebuah restoran di Taman Cemerlang Rapat, Ipoh, cedera di bahagian perut selepas ditikam seorang lelaki tidak dikenali, dalam kejadian berlaku pada jam 6 pagi.

Bagaimanapun, mangsa berusia 44 tahun itu dilaporkan stabil selepas menjalani pembedahan di Hospital Raja Permaisuri Bainun, manakala suspek yang bersenjatakan pisau berjaya melarikan diri selepas menikam mangsa.

Menurut Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan, satu laporan polis sudah dibuat dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Yahaya berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian itu, diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Bilik Kawalan Daerah (DCC) Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh melalui talian 05-254 2222. - Getaran, 3 Disember 2023

@getaranmy Seorang peniaga mi cedera di perut setelah ditikam menggunakan pisau oleh pelanggan dalam kejadian di sebuah restoran di Taman Cemerlang Rapat, Ipoh semalam. Mangsa yang cedera ditikam lelaki tidak dikenali itu kemudiannya dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) bagi mendapatkan rawatan lanjut. #getaranmy #getaran #video #viral #terkini #trending #semasa #kedaimakan #cctv #malaysia #berita ♬ original sound - Getaran

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Video & Galeri 1 hari yang lalu

Polis Buru 2 Suspek Samun, Tendang Wanita Warga Emas 

oleh Sophia Ahmad

Video & Galeri 17 jam yang lalu

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

oleh Amirah Abu Bakar