web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hari Pahlawan 2024: Agong, Raja Permaisuri Zahirkan Penghargaan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Jul 2024 9:33AM

Gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menzahirkan penghargaan kepada warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini.

Turut menzahirkan penghargaan itu ialah Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.

Sultan Ibrahim bertitah,  jasa, khidmat serta bakti yang dicurahkan dalam melindungi kedaulatan tanah air tercinta perlu dihargai. 

Baginda sebagai Ketua Utama Negara dan pemerintah tertinggi ATM, turut berkenan menzahirkan sanjungan terhadap pengorbanan semua wira negara dalam menjaga keamanan serta ketenteraman tanah air tanpa mengira masa. 

“Terima kasih para perwira negara. Jasa dan bakti anda akan sentiasa dikenang,” titah baginda menerusi perkongsian di Facebook.

Pada hantaran sama, Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong turut menzahirkan ucapan takziah untuk semua pahlawan negara yang terkorban semasa bertugas. 

“Al-Fatihah dan salam takziah buat pahlawan dan perwira negara yang terkorban semasa bertugas. 

“Semoga roh mereka yang beragama Islam sentiasa dicucuri rahmat Allah Subhanahu Wata'ala dan ditempatkan bersama para solihin,” titah kedua baginda. 

Sambutan Hari Pahlawan 2024 diadakan di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya dan turut menyaksikan keberangkatan Sultan Ibrahim serta Raja Zarith Sofiah.

Turut hadir ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan barisan menteri kabinet. - Getaran, 31 Julai 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Deklamasi Sajak 'Jenalik Berdarah' Jentik Emosi Kenang Tragedi Sauk

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Agong, Permaisuri Berangkat Ke Sambutan Hari Pahlawan 2024

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 11 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad