web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kedai Cuci Kenderaan Diserbu, 12 Warga Bangladesh Ditahan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jul 2024 5:53PM

Antara warganegara Bangladesh yang ditahan - Gambar JIM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR  - Dua belas warga Bangladesh dicekup selepas dikesan bekerja tanpa permit yang sah di sebuah stesen minyak di kawasan Lebuhraya Petaling Jaya, Selasa lalu.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh berkata, kesemua mereka ditahan menerusi serbuan di premis berkenaan yang dibuat sekitar jam 12 tengah hari. 

Menurut beliau, stesen minyak itu turut menawarkan khidmat mencuci kenderaan dan dipercayai menggajikan kesemua rakyat Bangladesh terbabit.

“Dalam operasi ini, 12 orang warganegara asing  diperiksa dan ditahan atas pelbagai kesalahan termasuk melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 iaitu tidak memiliki suatu pas atau dokumen yang sah bagi memasuki Malaysia.

“Mereka juga telah melanggar Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 iaitu melanggar syarat-syarat pas,” katanya.

Ruslin Jusoh - Gambar fail
Ruslin Jusoh - Gambar fail

Jelas Ruslin, kesemua warganegara Bangladesh itu berusia dalam lingkungan 25 hingga 35 tahun. 

“Tindakan penguatkuasaan ini diambil susulan aduan awam berhubung warganegara asing di premis tersebut, dan disyaki tidak memiliki pas serta dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya.

Beliau memberitahu, kesemua tahanan ditempatkan di Depot Imigresen Bukit Jalil di sini untuk tujuan siasatan dan tindakan lanjut

“JIM (Jabatan Imigresen Malaysia) tidak akan berkompromi terhadap warga asing yang tinggal secara haram, tinggal lebih masa dan menyalah guna pas di negara ini. 

“Tindakan tegas akan turut diambil terhadap mana-mana pihak yang menggaji dan melindungi PATI,” katanya. - Getaran, 11 Julai 2024

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 10 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 10 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad