web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Salah Laku Pelaburan Unit Amanah, Harani Kamarudin Dicari

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jun 2021 12:28PM

SC sedang mengesan seorang lelaki bagi membolehkan siasatan berkaitan pelaburan unit amanah dijalankan. - Gambar dari sc.com

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) sedang menjejaki seorang lelaki iaitu bekas perunding unit amanah yang dipercayai terbabit dalam salah laku berkaitan pelaburan unit amanah.

Susulan itu, SC meminta bantuan orang ramai untuk mengesan kedudukan suspek yang dikenali sebagai Harani Kamarudin, 37, bagi membolehkan siasatan dijalankan terhadapnya.

Wajah lelaki terbabit turut disiarkan menerusi laman web SC.

Menurut SC, pendaftaran Harani dengan Persekutuan Pengurus Pelaburan Malaysia (FIMM) telah terbatal pada 27 November tahun lalu.

Hasani sebelum ini berkhidmat dengan Eastspring Investments Berhad sebagai perunding unit amanah.

"SC sedang mengesan Harani berkaitan pelanggaran undang-undang sekuriti mengikut Seksyen 354 Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA), yang dibaca bersama dengan Perenggan 3.3.7 (a) dan 3.1.12 (d) Kod Etika dan Peraturan FIMM Tatalaku Profesional (Dana Unit Amanah).

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Harani diminta menyalurkan kepada SC dengan menghubungi talian 03-6204 8000 atau 012 381 2497 atau emel kepada [email protected]," kata suruhanjaya berkenaan. – Getaran, 8 Jun 2021
 

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 50 minit yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 17 jam yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad