web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Nahas Genting Highlands: Pemandu Bas Tiada Lesen Mengaku Tak Bersalah

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jul 2024 5:10PM

Tertuduh ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Raub hari ini - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

RAUB - Seorang pemandu bas persiaran mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas dua pertuduhan memandu secara berbahaya dan tiada lesen memandu sehingga menyebabkan kematian dua pelancong China di Jalan Genting Highlands, Bentong, pada 29 Jun.

S. Anand Kumar, 32, yang beralamat di Klang, Selangor, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Lelaki itu didakwa memandu dengan cara merbahaya sehingga menyebabkan kematian Zhang Ping, 58, dan Wang Suhong, 49, di KM16.5 Jalan Genting Highlands (hala turun), Bentong kira-kira 10.20 pagi pada 29 Jun.

Dia didakwa mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan maksimum 10 tahun serta denda tidak kurang RM20,000 dan tidak lebih RM50,000, jika sabit kesalahan.

Anand Kumar juga didakwa memandu bas pelancong berkenaan tanpa lesen pada hari dan masa yang sama dengan pertuduhan pertama.

Bagi pertuduhan ini, lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 26(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak kurang daripada RM300 dan maksimum RM2,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak lebih tiga bulan atau kedua-duanya.

Majistret Siti Aisyah Ahmad membenarkan tertuduh dilkat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan tidak boleh membuat sebarang permohonan untuk mengambil lesen sehingga kes selesai bagi kedua-dua pertuduhan dan menetapkan 7 Ogos bagi sebutan semula kes untuk lantikan peguam dan serahan dokumen.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Zamharir Muhammad Zuhid manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Dalam insiden pada 29 Jun, dua lelaki warga China maut manakala 19 penumpang lagi terselamat selepas bas persiaran dinaiki dipercayai terbabas dan melanggar tembok pembahagi jalan di kilometer 16.5 Jalan Turun Genting Highlands.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar dilaporkan berkata pemandu bas persiaran berusia 32 tahun itu, didapati tidak mempunyai lesen memandu selain mempunyai 27 saman trafik lampau membabitkan pelbagai kesalahan. - BERNAMA

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad