web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


LHDN Negeri Diharap Tingkatkan Kutipan Hasil, Elakkan Ketirisan - PM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jun 2024 6:13PM

Perdana Menteri ketika berucap merasmikan Menara LHDN Pulau Pinang - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di negeri-negeri, dapat meningkatkan prestasi kutipan hasil dengan antara lain mengelakkan berlakunya ketirisan hasil.

Mengambil contoh LHDN Pulau Pinang, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata LHDN Pulau Pinang berjaya mencatat jumlah yang melebihi unjuran yang lebih kecil pada suku pertama tahun ini.

"Jadi saya minta negeri-negeri lain juga usahakan, kerana kita tidak manu kebocoran atau keciciran (hasil)," katanya selepas merasmikan Menara Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Pulau Pinang setinggi 20 tingkat, di Bandar Jelutong hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying, Ketua Menteri Chow Kon Yeow dan Ketua Pegawai Eksekutif LHDN Datuk Dr Abu Tariq Jamaluddin.

Anwar berkata landasan percukaian dan jumlah pembayar cukai di Malaysia antara terendah di Asia, jika dibandingkan dengan negara-negara lain yang menuntut jumlah pembayaran cukai yang lebih besar.

"Oleh itu cabaran kepada Hasil (LHDN) bertambah. Kalau kadar percukaian dan juga kelompok kohort yang membayar cukai itu kecil tetapi perbelanjaan kian bertambah, (tapi) kita mahu tingkatkan mutu pendidikan negara kita...maknanya peruntukan pendidikan dan mutu kesihatan juga harus ditambah," katanya.

Mengulas lanjut Anwar berkata beliau memahami kesukaran dan cabaran yang dihadapi LHDN serta Kastam Diraja Malaysia, dalam menjalankan tugas mengutip hasil di mana mereka perlu tegas dan profesional.

"Saya faham kesukaran LHDN dan Kastam perlu memainkan peranan yang tegas. Saya bagi jaminan yang cukup tegas saya tidak mahu saudara rasa gentar.

"Siapa yang harus membayar cukai, tidak kiralah perdana menteri, tauke besar atau Tun atau Tan Sri itu bukan jadi persoalan.

"Peranan saudara harus profesional, harus tegas dan saya diamanahkan sebagai Perdana Menteri tetap akan pertahankan tiap pegawai jalankan tugas ini," katanya.

Terdahulu dalam ucapan, Anwar berkata LHDN Pulau Pinang sangat bertuah kerana meskipun negara ini tidak mencapai hasil unjuran awal sepenuhnya, mereka masih mampu mengatasinya.

"Tentunya Pulau Pinang bertuah kerana dalam keadaan hasil kita itu tidak sepenuhnya menepati unjuran awal, tapi Pulau Pinang Alhamdulillah, kerana kesungguhan saudara dalam ketetapan mendapat kejayaan.

"Jadi saya ucap terima kasih dan menganggap ia satu pedoman kepada rakan-rakan di negeri lain supaya meningkatkan prestasi, kerana kita semua kena mengambil satu sikap bahawa kita dituntut untuk melakukan sesuatu yang lebih baik," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 4 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad