web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Rakaman CCTV, Analisis Laporan Forensik Warga Israel Avitan Shalom Diserah 30 Julai

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jun 2024 12:42PM

Avitan Shalom didakwa atas dua pertuduhan memperdagangkan enam senjata api dan memiliki 200 butir peluru. – Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Pihak pendakwaan akan menyerahkan salinan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) hotel dan analisis laporan forensik kepada pihak pembelaan membabitkan lelaki warga Israel Avitan Shalom yang didakwa atas dua pertuduhan memperdagangkan enam senjata api dan memiliki 200 butir peluru pada 30 Julai ini.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Mustaffa P Kunyalam memaklumkan Hakim Mahkamah Sesyen Norina Zainol Abidin bahawa pihaknya sudah menyerahkan majoriti dokumen kepada peguam yang mewakili Avitan, 38, sebelum perbicaraan kes selama sembilan hari yang akan bermula pada 30 September ini.

“Ada beberapa dokumen yang masih belum diserahkan termasuk rakaman CCTV dan analisa laporan forensik berkaitan kes. Mohon tarikh sebutan dalam tempoh sebulan untuk pihak kami menyerahkan kesemua dokumen kepada pembelaan sebagai persediaan perbicaraan,“ kata Mohamad Mustaffa pada sebutan kes hari ini.

Peguam Datuk Naran Singh yang mewakili Avitan mengesahkan perkara itu dan tidak membantah tempoh masa yang dimohon pihak pendakwaan.

“Kami juga bersetuju sekiranya tarikh perbicaraan yang ditetapkan sebelum ini dikekalkan,” katanya yang turut dibantu peguam Navinjit Singh.

Norina kemudian menetapkan 30 Julai ini untuk sebutan semula kes dan serahan baki dokumen.

Mengikut pertuduhan pindaan pertama, Avitan didakwa memiliki sekotak Shell Shock NAS3 9mm mengandungi lapan butir peluru, tiga kotak Bullet Master Co Ltd mengandungi 150 butir peluru dan 42 butir peluru di dalam tiga senjata berlainan tanpa lesen atau permit senjata mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 yang membawa hukuman penjara tidak melebihi tujuh tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya.

Bagi pertuduhan pindaan kedua, Avitan didakwa berdagang enam senjata api iaitu Glock 19 USA 9x19 (Nombor Siri AEGS286), Sig Sauer P3205P (Nombor Siri 58C283463), Cougar 8000FT (Nombor Siri T6429-10G002496), Glock 17 Gen4 Austria 9x19 (Nombor Siri: BDZZ090), M&P 9C Smith & Wesson Springfield MA USA (Nombor Siri: DSW9077) dan Stoeger Cougar 8000F (Nombor Siri T6429-08-A029304).

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 7(1) Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 yang membawa hukuman penjara tidak kurang 30 tahun, dan tidak lebih 40 tahun serta sebatan tidak kurang enam kali.

Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan di dalam sebuah bilik hotel di Jalan Ampang, di sini antara 6.46 petang pada 26 Mac dan 6 petang pada 28 Mac. – BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Lelaki Israel Dibicarakan Kerana Perdagang Senjata Api, Miliki Peluru 

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Lelaki Warga Israel Tak Mengaku Salah Perdagang Senjata Api, Miliki Peluru

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Johor Pertimbang Pasang CCTV Di Surau, Masjid

4

Semasa 2 tahun yang lalu

 3 Anggota Polis Ditahan Curi RM85,000 Ketika Operasi Di Jalan Silang

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 3 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad

Politik 4 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 20 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar