web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


COVID-19 Ubah Prinsip Asas Kapitalisme - Vinod Sekhar

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jun 2021 8:21AM

Dr Vinod Sekhar - Gambar Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pandemik COVID-19 yang menjajah dunia secara lahiriahnya bukan sekadar menjadi ancaman terbaru kepada sektor kesihatan, bahkan menyeret majoriti negara ke lembah kemelesetan.

Sebegitu parah kesan dialami, sehingga jutaan konglemerat yang tumbuh tidak lagi boleh mengendarai perniagaan masing-masing tanpa menjadikan tanggungjawab sosial terhadap masyarakat sebagai sebahagian daripada agenda utama.

Dalam satu pertemuan eksklusif sebelum pelancaran Mesyuarat Global Horasis, Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan PETRA, Datuk Dr Vinod Sekhar berkata, kapitalisme sebenar tidak lagi sama dengan apa dipelajari di sekolah perniagaan, yang berorientasikan keuntungan.

Dunia mutakhir ini jelas beliau, mewajibkan kapitalisme itu harus bertunjangkan kepada situasi sama adil untuk semua pihak terlibat, khususnya masyarakat.

“Kapitalisme sebenar ketika ini ialah mencipta kelestarian kekayaan. Ada dua kunci utama di sini, mencipta dan kelestarian.

“Kekayaan itu perlu, namun ia harus dicipta dan lestari. Sosialism pula walaupun kedengaran menarik, namun ia tidak boleh diterima akal, manakala komunism jelas satu pembaziran yang membawa kegagalan,” katanya.

Kapitalisme tanpa halangan jelas Vinod, adalah masalah serius yang perlu diberi perhatian segera.

“Ia bukan kapitalisme atau kapitalisme sebenar yang sering saya rujuk sebagai kapitalisme sosial, apabila anda menceritakan keinginan, mahukan jet peribadi, mahukan kereta berkuasa tinggi, tinggal di dalam kediaman tersergam indah atau apabila saya melancong, saya mahu menetap di hotel mewah.

“Itu adalah impian seorang manusia normal namun tidak semuanya. Jika anda bijak merencana wang dan membina perniagaan, pasti anda mampu memainkan peranan dalam membantu menangani masalah sosial,” katanya.

Vinod yang juga pengerusi bersama Horasis berkata, kemelut sosial jika berjaya ditangani dengan baik, mampu melahirkan masyarakat lebih mampan dan kukuh, satu perincian yang secara langsung turut memberi kesan positif kepada perniagaan.

“Keutuhan dan kekukuhan masyarakat ini saling berkait dengan kesan positif ke atas struktur perniagaan.

“Struktur perniagaan yang kukuh membolehkan saya menjana lebih banyak keuntungan dan membeli apa sahaja diidamkan,” katanya.

Sepintas lalu, Horasis adalah satu gabungan menghimpunkan pembuat dasar, ketua ekonomi, tokoh perniagaan, pakar akademik serta wakil masyarakat dari lebih 20 negara, khusus merumuskan penyelesaian holistik ke atas pelbagai isu yang melatari dunia secara global, termasuk kemiskinan, pendidikan, peluang pekerjaan dan keperluan asas.

Vinod akan memberi ucapan pada sesi pembukaan bertajuk Taking Action for the Sustainable Development Goals.

Waktu bertindak semua ketua ekonomi

Krisis global yang melanda dunia ketika ini jelas Vinod, adalah waktu terbaik untuk semua pemimpin berganding bahu menghulurkan bantuan kepada komuniti setempat.

Mengulas lanjut beliau berkata, semua tokoh perniagaan terkemuka perlu akur dengan hakikat bahawa mereka tidak lagi boleh menutup sebelah mata terhadap masalah yang berlegar, atau berdepan risiko penguncupan pasaran dek kemelut ekonomi tidak berkesudahan.

“Masanya sudah berakhir untuk semua tokoh perniagaan mengelak dari berbicara soal politik atau pembangunan sosial masyarakat setempat, hanya kerana mereka adalah pembayar cukai terbesar.

“Dari apa yang dilihat sekarang, kegagalan masyarakat akan menyumbang kepada kejatuhan perniagaan, sekali gus menjadikan impian mencipta kelestarian dan kemakmuran tidak akan berhasil,” tegasnya.

Pandemik COVID-19 jelasnya, adalah bukti nyata bahawa kegagalan masyarakat untuk melangkah turut akan membawa kepada kekurangan pasaran, dan seterusnya menyumbang kepada kejatuhan ekonomi.

Pastikan setiap individu memiliki keperluan asas

Bertunjangkan kepada prinsip capitalism sosial yang dipegang selama ini, Vinod turut menyarankan untuk semua pihak memastikan setiap anggota komuniti memiliki segala keperluan asas.

Ia mencakui tiga hidangan utama setiap hari, bumbung untuk berteduh, akses kepada kemudahan perubatan dan pendidikan percuma hingga ke peringkat lebih tinggi.

Semua perincian itu jelas beliau, berupaya menjana peluang pekerjaan dan kekayaan, sekali gus menghasilkan pertumbuhan pasaran yang lebih gemilang.

“Dunia ini pada asasnya sudah cukup kaya untuk memastikan setiap individu memiliki tiga hidangan utama setiap hari, tempat yang selamat untuk berlindung dan pendidikan bagi memajukan diri.

“Jika anda melihat dengan mata hati, segala apa yang ada di dunia ini sudah lebih daripada mencukupi untuk merealisasikan semua itu, cuma kita sering gagal berfikir dengan baik bagi melaksanakannya,” kata bapa kepada dua gadis jelita itu.

Tidak miskin seseorang jika bersedekah

Kekayaan seseorang itu tidak akan berkurangan jika ia digunakan bagi membantu golongan memerlukan, walaupun pada skala yang besar.

Menyedari hakikat ini Vinod mengakui, segala bantuan atau sumbangan yang dihulurkan selama ini sama sekali tidak menjejaskan kedudukan kewangan dimiliki, malah menjadikan ia semakin kukuh.

“Saya bukan bercakap mengenai pengorbanan. Kami (Kumpulan PETRA) memberi banyak sumbangan. Menjadi seorang dermawan adalah antara matlamat PETRA dan ia sama sekali tidak menjejaskan kehidupan saya.

“Apa masalahnya? Tidak ada apa yang berubah, waima sebesar zarah. Jelas tidak ada apa yang saya korbankan, bukan?,” katanya, tersenyum.

Mengakui gembira apabila peratus golongan kaya yang membantu masyarakat setempat kian bertambah, beliau bagaimanapun kesal apabila melihat masih ada jutawan lebih cenderung mengumpul kekayaan tanpa keinginan untuk menderma.

“Apa gunanya sekadar menghimpun harta tanpa melakukan apa-apa yang boleh dibanggakan? Apa gunanya jika kita sekadar bijak membangun perniagaan, tetapi enggan menghulurkan sumbangan membantu masyarakat setempat?

“Tidak ada kata cukup tepat untuk menggambarkan betapa jeliknya golongan seperti ini. Anda tidak perlu menyerahkan kesemua harta bagi menghulurkan bantuan, memadai melakukan sesuatu yang boleh memberi impak kepada komuniti ,” katanya, merujuk kepada sikap sesetengah jutawan tamak harta, namun kedekut untuk berbuat pahala.

Mesyuarat khas yang hanya boleh dihadiri berdasarkan jemputan itu lazimnya diadakan di sebuah resort pinggir laut di Cascais, Portugal namun kekangan dibawa pandemik COVID-19 membuatkan ia terpaksa diadakan secara maya tahun ini.

Kumpulan PETRA adalah rakan strategik Horasis dan info lanjut boleh didapati dengan melayari https://horasis.org/horasis-global-meeting/ .  – Getaran, 8 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Rencana 8 bulan yang lalu

Deepavali; Cahaya Yang Kita Pilih

2

Rencana 9 bulan yang lalu

Hari Malaysia: Jalinan Ikatan Dari Borneo

3

Rencana 1 tahun yang lalu

Tanggungjawab Kepimpinan: Lebihkan Kata-Kata Berbanding Sentimen

4

Rencana 1 tahun yang lalu

Sebuah Peringatan: Mengapa Saya Perlukan Harapan

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Politik 20 jam yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 16 jam yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad