web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Nak Serang Saya? Silakan, Tapi Jangan Sentuh MOTAC’ - King Sing

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jun 2024 9:20AM

Sabah sejak dahulu sering dipromosikan sebagai antara destinasi pelancongan utama negara - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kecaman dan serangan bertali arus dilemparkan terhadap Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) mutakhir ini hanya satu perbuatan yang sia-sia.

Menegaskan perkara itu, Menterinya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, pihak terlibat cuba mengaitkan industri pelancongan di Sabah dengan   MOTAC, dalam serangan yang disifatkan sebagai mengandungi motif tertentu.

Menurut King Sing, perbuatan itu semakin ‘rancak’ apabila beliau melaksanakan pelbagai inisiatif untuk menghangatkan kembali sektor pelancongan negara yang suram akibat pandemik COVID-19.

“Nak serang saya, silakan. Tapi jangan sesekali awak cuba sentuh MOTAC dan nafikan sumbangan kementerian ini kepada industri pelancongan, termasuk Sabah,” katanya kepada Getaran.

Tiong King Sing - Gambar fail
Tiong King Sing - Gambar fail

Beliau menyatakan demikian susulan dakwaan seorang penulis kolum, John Lo yang berkata, kerancakan sektor pelancongan di Sabah bukan atas bantuan MOTAC.

Dakwanya, Negeri Di Bawah Bayu itu telah lama diabaikan bermula sejak tahun 1990-an.

Menafikan dakwaan tersebut, King Sing berkata, ia jelas satu penghinaan buat kementerian terbabit yang sejak puluhan tahun lalu aktif mempromosikan Sabah sebagai antara destinasi pelancongan utama negara. 

Bidas beliau, hanya pihak yang cetek akal berupaya mencipta kenyataan palsu seperti itu.

“Saya tahu memang ada yang tak puas hati dengan saya. Ada yang cuba menyerang secara peribadi tapi tak berhasil.

“Jadi mereka cuba pula cari ini, mungkin kerana agenda politik tertentu. Nasihat saya, berhentilah lakukan perbuatan yang sia-sia,” katanya, tajam.

Jelas King Sing, semua pihak tahu betapa besar sumbangan diberikan MOTAC dalam membangunkan industri pelancongan di Sabah.

“Begitu banyak sumbangan kementerian ini sejak puluhan tahun lalu, awak boleh nafikan? Please get your facts right,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan beliau memberitahu, segala usaha yang perlu telah dilaksanakan bagi meningkatkan aspek prasarana dan keselamatan di Sabah.

Langkah ini tambahnya, seiring dengan peningkatan jumlah pelancong khususnya di kawasan pulau yang terkenal sebagai syurga penyelam skuba.

“Sejak Ogos 2023 hingga Mei tahun ini, MOTAC secara aktif telah mengadakan pelbagai pertemuan termasuklah dengan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor untuk membincangkan kualiti pelancongan Sabah. 

“Kerajaan tempatan juga diminta menyediakan pelan induk untuk pembangunan pelancongan. Tapi sepanjang tujuh lapan bulan ini, kita langsung tidak dapat apa-apa perancangan untuk pelan ini walaupun satu muka surat. Siapa yang tidak sokong industri pelancongan Sabah ini sebenarnya,” katanya. - Getaran, 25 Jun 2024

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran