web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Batal Lesen Institut Memandu Jika Terlibat Rasuah - Loke

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jun 2024 1:49PM

Menteri Pengangkutan Anthony Loke mencuba kenderaan yang digunakan bagi Pengujian Memandu Secara Elektronik (eTesting) di Seremban hari ini. – Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEREMBAN – Institut Memandu (IM) yang didapati terlibat dengan sindiket lesen terbang atau lesen 'kopi O' bakal berdepan pembatalan lesen pengoperasian serta-merta.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, kegiatan rasuah dalam industri pengujian pemanduan perlu dihapuskan kerana tindakan itu akan membahayakan nyawa pengguna jalan raya terutama golongan muda.

"Institut memandu jangan terlibat rasuah, jika ia tidak dibanteras, anak muda menjadi mangsa, kita mahu menyelamatkan nyawa manusia.

"Rakyat juga dinasihatkan tidak mudah tertipu dengan tawaran lesen terbang ini menerusi iklan di media sosial," katanya ketika berucap pada majlis ulang tahun ke-10 RDS Driving Academy Sdn Bhd dan Projek Lesen L Orang Asli, di sini hari ini.

Susulan itu, beliau menjelaskan, pelaksanaan Sistem Latihan dan Pengujian Memandu Secara Elektronik (eTesting) menjadi langkah proaktif dan berintegriti yang diperkenalkan bagi menghapuskan gejala rasuah dalam industri pengujian memandu.

Beliau menyeru institut memandu untuk membiasakan penggunaan sistem itu sebelum penggunaannya diwajibkan pada 2030.

"Kementerian bersungguh-sungguh melaksanakan eTesting supaya dapat memastikan satu sistem lebih berintegriti.

"Gejala lesen terbang sudah lama kita dengar, tapi saya lihat ada perkembangan positif walaupun tidak dinafikan mungkin ada lagi sindiket cuba mengambil kesempatan, kita akan teruskan usaha membanteras rasuah," katanya.

Loke berkata, pihaknya menerima banyak permohonan institut memandu bagi pelaksanaan eTesting sejak diperkenalkan pada April lepas.

Jabatan Pengangkutan Jalan Raya (JPJ) sedang memproses permohonan itu dan kumpulan pertama bakal menerima surat dalam masa terdekat. - BERNAMA

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar