web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Agong Berkenan Terima Menghadap Raja Bhutan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jun 2024 6:05PM

Yang di-Pertuan Agong bersama Raja Bhutan - Gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima menghadap Raja Bhutan Raja Jigme Khesar Namgyel Wangchuck di Istana Bukit Serene di sini.

Perkara itu dimaklumkan menerusi hantaran di laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim, dengan beberapa foto mengenainya turut dikongsikan di platform media sosial itu.

Turut mengiringi dalam pertemuan yang berlangsung kira-kira dua jam itu ialah Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail dan Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman.

Tetamu diraja itu turut diraikan dalam satu majlis santapan tengah hari bersama Seri Paduka Baginda dan Pemangku Sultan Johor.

"Saya juga telah membawa Raja Bhutan ke sekitar Johor Bahru dan baginda telah menyatakan hasrat datang semula bersama keluarga untuk bercuti di Johor.

"Baginda juga memanjangkan hasrat menjemput saya ke Bhutan dalam mengeratkan hubungan dua hala antara Bhutan dan Malaysia," titah Sultan Ibrahim. - BERNAMA

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 39 minit yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 31 minit yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar