web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Polis Tahan Lebih 100 Individu Terlibat Aktiviti Pemerdagangan Orang

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jun 2024 5:23PM

Fadil Marsus (kanan) ketika sidang media mengenai operasi mega pintas di Bukit Aman hari ini. - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 113 individu terdiri daripada warga tempatan dan asing yang disyaki terlibat dalam aktiviti pemerdagangan orang dalam 33 serbuan yang dilakukan di seluruh negara pada 12 Jun lepas dalam Ops Mega Pintas.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) Bukit Aman DCP Fadil Marsus berkata dalam operasi itu, 73 mangsa diselamatkan, masing-masing 25 lelaki, 26 perempuan dan 22 kanak-kanak.

"Mangsa itu terdiri daripada warganegara tempatan, Filipina, Indonesia, Bangladesh, Kemboja, Myanmar serta Thailand dan diselamatkan mengikut Seksyen 44 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM).

"Selain itu, pasukan serbuan juga berjaya menyelamatkan tiga Orang Kurang Upaya berusia 38 hingga 44 tahun masing-masing seorang wanita dan dua lelaki yang dipercayai terlibat dalam eksploitasi seks dan buruh paksa," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 12 dan 14 Akta ATIPSOM 2007, Seksyen 55b, Seksyen 6(1) (c) Akta Imigresen 1959/63, Per. 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Fadil berkata PDRM memandang serius terhadap aktiviti jenayah pemerdagangan orang dan tindakan tegas akan dilaksanakan terhadap mana-mana individu dan kumpulan yang melakukan jenayah ini.

"PDRM juga mengalu-alukan kerjasama masyarakat sekiranya mempunyai maklumat tentang jenayah pemerdagangan orang dan sebarang maklumat boleh disalurkan ke mana-mana balai polis yang berdekatan," katanya.

Sementara itu, Fadil turut menyeru majikan dan peniaga yang menggaji pekerja warga asing atau tempatan untuk lebih peka supaya mereka tidak melakukan eksploitasi pekerjaan.

"Antara indikator wujudnya eksploitasi pekerjaan ialah menggaji orang bawah umur, melakukan buruh paksa, penghambaan hutang, ancaman ugutan, penahanan dokumen pengenalan diri, sekatan pergerakan selain tempat kerja dan tempat tinggal yang tidak kondusif," katanya. - BERNAMA
 

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar