web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bapa Penyerang Balai Polis Ulu Tiram Terima 4 Pertuduhan, Keluarga Turut Didakwa

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jun 2024 1:56PM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bapa penyerang Balai Polis Ulu Tiram, Radin Imran Radin Imran Radin Mohd Yassin didakwa dengan empat pertuduhan di Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini.

Lelaki berusia 62 tahun itu antara lain dituduh menggalakkan perbuatan pengganas dengan menanam fahaman ideologi keganasan yang berkait kumpulan pengganas Islamic State (IS), mengikut Seksyen 130G(a) Kanun Keseksaan (Akta 574).

Juga berdepan pertuduhan sama ialah isterinya, Rosna Jantan, 59, seorang warganegara Singapura. 

Selain Radin Imran dan Rosna, tiga adik beradik penyerang iaitu Radin Romyullah Radin Imran, 34, Farhah Sobrina Radin Imran, 23, dan Mariah Radin Imran, 19 turut dihadapkan ke mahkamah.

Mengikut pertuduhan, Radin Imran didakwa menyemai fahaman pengganas kepada semua ahli keluarga, termasuk penyerang, Radin Luqman, 21.

Dia juga dituduh menyokong perbuatan pengganas dengan menyimpan empat laras senapang angin buatan sendiri.

Kesemua senjata tersebut adalah bagi menjalankan aktiviti kumpulan pengganas IS.

Atas kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 130(1)(b) Kanun Keseksaan (Akta 574).

Radin Imran dan anak sulungnya, Radin Romyullah turut dituduh memberi sokongan kepada IS melalui baiah kepada pemimpin IS, Abu Bakar Al-Baghdadi.

Bagi kesalahan berkenaan, dia didakwa mengikut Seksyen 130J(1)(a) Kanun Keseksaan (Akta 574).

Tertuduh juga didakwa memiliki buku bertajuk Hakikat Islam & Hakikat Syirik oleh Abu Sulaiman Aman Abdurrahman yang berkaitan IS, dan berdepan pendakwaan mengikut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Radin Romyullah selaku suspek kedua pula didakwa memiliki cakera keras yang mengandungi bahan berkaitan IS dan perlakuan pengganas.

Dia berdepan pendakwaan di bawah Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan (Akta 574).

Tiga terduduh lagi iaitu Rosna, Farhah Sobrina dan Mariah pula didakwa sengaja mendiamkan diri dan tidak memberikan apa-apa maklumat berkaitan kesalahan dilakukan membabitkan Seksyen 130J(1)(a) Kanun Keseksaan (Akta 574) dan Seksyen 130G(a) Kanun Keseksaan (Akta 574). 

Mereka didakwa mengikut Seksyen 130M Kanun Keseksaan (Akta 574).

Kesemua tertuduh berdepan hukuman penjara antara tujuh hingga 40 tahun atau denda atau kedua-duanya, dengan semua harta yang digunakan bagi melakukan kesalahan itu hendaklah dirampas, jika sabit kesalahan.

Mereka didakwa melakukan kesalahan berkenaan di sebuah rumah di Jalan Rabani, Kampung Sungai Tiram, di sini, antara April 2017 hingga 17 Mei 2024.

Kes berkenaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohammad Mustaffa P Kunyalam dan Fazeedah Faik manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.

Dalam perkembangan berkaitan, Timbalan Pendakwa Raya, Mohammad Mustaffa memberitahu mahkamah, tiada jaminan ditawarkan terhadap kelima-lima tertuduh.

"Jaminan tidak ditawarkan ke atas semua tertuduh yang ditahan mengikut Seksyen 13 Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) khususnya kepada individu yang didakwa dengan kesalahan keselamatan," katanya, seperti dilaporkan Harian Metro. 

Hakim kemudian memerintahkan semua tertuduh tidak diberikan jaminan.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 31 Julai depan bagi membolehkan kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. - Getaran, 19 Jun 2024

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar