web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kesal Produk Difitnah Sehingga Dapat 2 Juta Tontonan, K-Colly Mahu Ambil Tindakan Undang-Undang

Dua individu didakwa telah menyebarkan info tidak benar mengenai produk K-Colly yang dikatakan penyebab masalah buah pinggang

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jun 2024 5:42PM

Sidang media K-Colly baru-baru ini

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Jenama produk makanan kesihatan tambahan K-Colly bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap dua individu kerana menyebarkan fitnah kononnya produk tersebut menjejaskan kesihatan sehingga menyebabkan buah pinggang mengecut.

Dua individu tersebut telah berkongsi sebuah video di Tik Tok dan meninggalkan komen di Facebook sehingga menerima lebih dua juta tontonan. 

Menurut Pengurus Besar K-Colly, Mohd Zulkifli Hussain, tindakan undang-undang akan diambil bagi membersihkan jenama yang sudah 13 tahun berada di pasaran dan bersih daripada sebarang kontroversi sebelum ini. 

"Perkara ini telah menjejaskan kepercayaan pengguna produk kami. Reputasi syarikat dan jualan turut terjejas. 

"Jadi pihak kami memandang serius tentang perkara ini," katanya ketika ditemui di sidang media memperkenalkan duta terbaru K-Colly di ibu negara baru-baru ini. 

Pengagihan 5,000 kilogram beras
Pengagihan 5,000 kilogram beras

Turut hadir pada sidang media itu ialah wakil peguam iaitu Azreen Azmi dari Tetuan Adnan Sharida Associates yang telah berhubung dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi menjalat siasatan secara terperinci terhadap dua invididu tersebut.

"Pihak K-Colly telah pun membuat dua laporan polis dan perkara ini masih dalam siasatan.  Kami mahukan permohonan maaf dibuat oleh dua individu tersebut secara terbuka beserta tuntutan ganti rugi. 

"Pihak kami juga dalam proses untuk mengeluarkan surat tuntutan (letter of demand) selepas Hari Raya Aidiladha ini. Jika tiada kerjasama daripada pihak mereka, kami akan memfailkan saman seterusnya membawa perkara ini ke mahkamah," katanya. 

Bagi mengembalikan semula kepercayaan para pengguna produk K-Colly, turut dibawa ke sidang media tersebut ialah saintis dari Synamatix Sdn Bhd iaitu Dr Mohd Redza Abd Rahman bagi menjelaskan tentang kandungan yang terdapat di dalam produk mereka. 

"Produk K-Colly telah menjalani pemeriksaan di makmal bertauliah dan telah melepasi ujian Sijil Analisis (COA) yang mengesahkan tiada pencemaran logam berat dan microbial (kuman). 

"Produk K-Colly mengandungi bahan semula jadi yang telah dijalankan kajian dan tidak memberi impak kepada kesihatan jika mengikut dos yang telah disarankan. Oleh itu produk ini selamat untuk dimakan. 

"Dalam video yang viral itu, individu berkenaan menuduh produk Colly Sweet 17 walhal dalam produk ini tiada gula tambahan dan bahan-bahan di dalamnya disahkan secara klinikal. Bahkan produk yang dituduh tidak mengandungi kolagen. 

"Sebab itu saya keliru apabila individu itu mendakwa mempunyai masalah buah pinggang dalam tempoh yang terlalu singkat melainkan dia ambil produk yang mengandungi racun, tetapi produk K-Colly tiada racun," jelasnya. 

Pada masa yang sama, pempengaruh terkenal, Dahlia Rizal telah diumumkan sebagai wajah terbaru K-Colly. Dahlia dipilih kerana pengaruhnya yang kuat dan bersesuaian dengan sasaran pengguna K-Colly. 

Dahlia sebagai duta terbaru K-Colly
Dahlia sebagai duta terbaru K-Colly

"Saya tidak akan terima untuk menjadi duta sembarangan produk. Saya akan cuba dulu untuk melihat keberkesanannya. Dan terbukti selepas mengamalkan K-Colly, kulit saya jadi lebih lembut dan cerah. 

"Biarpun suami saya sendiri pernah mempersoalkan kenapa perlu untuk saya mengambil makanan tambahan untuk jadi lebih cantik, tetapi sebagai wanita kita mesti ada perasaan untuk menjaga kecantikan diri dan menjadi lebih baik," kata Dahlia. 

Penyerahan cek kepada Yayasan Nur Jiwa
Penyerahan cek kepada Yayasan Nur Jiwa

Pada majlis yang sama, K- Colly turut menyumbang RM100,000 kepada Yayasan Nur Jiwa untuk membantu rakyat Palestin. Sempena  sambutan Aidiladha , pihak K-Colly turut mengagihkan sebanyak 5,000 kilogram beras di persekitaran masjid Al-Bukhary, Bukit Bintang. - Getaran, 17 Jun 2024

Foto : PR

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Singapura 20 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Politik 8 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad