web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘MOT, Tolong Tangani Segera Tempoh Pemprosesan DSL’ - Jeyenderan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jun 2024 7:42PM

Kementerian Pengangkutan digesa segera tangani isu berkaitan tempoh pemprosesan Lesen Perkapalan Domestik. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Pengangkutan (MOT) digesa segera menangani isu berkaitan tempoh pemprosesan Lesen Perkapalan Domestik (DSL).

Ketua Pegawai Eksekutif Maritime Network Sdn Bhd, Datuk Seri Jeyenderan Ramasamy berkata, tempoh tiga hari diperuntukkan kementerian baru-baru ini menyebabkan kelewatan dan kerugian yang amat ketara.

Menurut beliau, keadaan menjadi bertambah buruk kerana MOT tidak beroperasi pada hujung minggu.

“Tidak patut tempoh diberi sehingga tiga hari kerana Jabatan Laut selaku pihak paling berkuasa boleh mengesahkan semua dokumen hanya dalam masa 15 hingga 20 minit sahaja.

“Jabatan berkenaan sudah cukup cekap justeru kami amat bingung apabila memikirkan mengapa MOT tidak dapat mempercepatkan proses permohonan DSL kepada 24 jam,” katanya kepada Getaran di sini hari ini.

Jeyenderan Ramasamy
Jeyenderan Ramasamy

Jelas Jeyenderan, sistem digunakan ketika ini bukan sahaja tidak cekap, bahkan turut memberi impak negatif kepada ekonomi, khususnya kargo spot yang perlu diproses dengan pantas.

“Contohnya PETRONAS, ia memberi impak yang ketara kepada ekonomi negara tetapi kelewatan dalam pemprosesan DSL secara tidak langsung memberi kesan kepada semua warganegara Malaysia.

“Atas faktor ini, kami berpendapat MOT perlu bekerjasama dengan Jabatan Laut untuk mempercepatkan proses ini dengan segera,” katanya.

Beliau menarik perhatian, penyewa sama sekali tidak berniat untuk mempertikaikan caj dikenakan ke atas DSL, tetapi mereka berhak menyuarakan pandangan berkenaan masa pemprosesan.

“Kami amat memerlukan tindakan pantas MOT untuk menyelaraskan operasi selaras dengan keperluan industri,” katanya.

Jeyenderan sebelum ini dipetik sebagai berkata, tempoh 72 jam untuk proses kelulusan bagi semua prosedur di bawah Dasar Kabotaj disifatkan sebagai khabar buruk buat semua syarikat perkapalan.

Katanya, pemilik kargo sering membuat perubahan pada saat akhir, justeru tempoh 72 jam tersebut seharusnya dipendekkan kepada hanya 24 jam. - Getaran, 12 Jun 2024


 

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Singapura 10 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad