web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kediaman Keluarga Zayn Rayyan Jadi Tumpuan, Ibu Dibawa Untuk Lakonan Semula

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jun 2024 8:41PM

Kawasan apartmen kediaman keluarga Zayn Rayyan dikawal ketat pihak polis sejak pagi - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Kediaman keluarga Zayn Rayyan Abdul Matiin di Apartment Idaman, Damansara Damai di sini sekali lagi menjadi tumpuan selepas kira-kira enam bulan kanak-kanak autisme itu ditemukan mati pada Disember tahun lepas.

Ini berikutan polis dilaporkan membawa ibu kepada Zayn Rayyan bagi melakonkan semula situasi kejadian semasa kehilangan Zayn Rayyan sehingga kepada penemuan mayatnya.

Tinjauan Bernama mendapati sebuah van dipercayai membawa ibu mangsa ke kediamannya di Blok R pada 10.15 pagi tadi dan keluar kira-kira 12.20 tengah hari.

Difahamkan, wanita terbabit dibawa semula ke kediaman dan lokasi kanak-kanak berkenaan ditemukan iaitu saliran sungai yang terletak kira-kira 200 meter dari blok kediaman yang dihuni keluarga berkenaan.

Anggota polis turut dilihat membawa patung kanak-kanak namun belum dapat dipastikan kegunaan patung berkenaan.

Terdahulu, seawal 10 pagi, sepasukan polis membuat dua sekatan laluan menuju ke Blok R apartment berkenaan selain pihak media diarahkan berada di sebuah pondok manakala pergerakan setiap penduduk diiringi anggota polis.

Kenderaan membawa Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily MohdZain turut dilihat memasuki kawasan perumahan terbabit bersama pasukan siasatan terdiri daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor serta pegawai penyiasat dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.

Kira-kira 2.30 petang, beberapa kenderaan polis dan forensik dilihat beredar dari kawasan kediaman terbabit serta pita kuning diletakkan di laluan masuk lokasi kejadian.

Pada Jumaat lepas, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan dilaporkan berkata tempoh reman ibu bapa Zayn Rayyan disambung hingga 13 Jun ini bagi membolehkan siasatan lanjut diteruskan terhadap kedua-dua mereka.

Hussein dilaporkan berkata keterangan tidak konsisten antara faktor tempoh reman ibu bapa kanak-kanak autisme itu disambung.

Pada 6 Disember tahun lepas, mayat Zayn Rayyan, 6, ditemukan dalam keadaan terbaring di aliran anak sungai berhampiran rumahnya di Apartment Idaman selepas dilaporkan hilang sehari sebelumnya.

Kanak-kanak itu dipercayai dibunuh apabila hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher serta badannya akibat mempertahankan diri. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 16 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Semasa 17 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

3

Semasa 2 hari yang lalu

PDRM mohon Notis Merah Interpol Kesan Tamim Dahri

4

Semasa 2 hari yang lalu

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran