web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kes 1MDB Najib: Pendakwaan Tutup Kes Selepas 235 Hari Bicara

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 May 2024 8:40PM

Najib Razak - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pendakwaan dalam perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram bekas Perdana Menteri Datuk Seri NajibTun Razak membabitkan RM2.3 bilion dana Malaysia Development Berhad (IMDB) menutup kesnya di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib memaklumkan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bahawa pihaknya membuat keputusan untuk menutup kes itu selepas tiada lagi saksi yang perlu dipanggil atau disoal balas.

"Saya dengan ini menutup kes pendakwaan selepas 235 hari perbicaraan yang memakan masa enam tahun dan mendengar keterangan 50 saksi," katanya.

Najib pada mulanya didakwa di Mahkamah Sesyen pada 20 September 2018 dan kes itu kemudian dipindah ke Mahkamah Tinggi pada 31 Oktober 2018.

Antara yang memberi keterangan ialah bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi, bekas Pengerusi IMDB Tan Sri Mohamad Bakke Salleh dan bekas peguam IMDB Jasmine Loo Ai Swan.

Mahkamah kemudian mengarahkan pendakwaan dan pembelaan memfailkan hujah bertulis pada 26 Julai dan hujah balas pada atau sebelum 9 Ogos ini serta menetapkan empat hari dari 19 hingga 22 Ogos untuk mendengar hujahan secara lisan. 

Najib, 70, berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukan untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dalam dana IMDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang yang sama.

Bellau didakwa melakukan perbuatan itu di Cawangan AmIslamic Bank Berhad, Jalan Raja Chulan, Bukit Ceylon di sini antara 24 Februari 2011 hingga 19 Disember 2014 mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama.

Bekas Menteri Kewangan itu berdepan hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan pengubahan wang haram, Najib didakwa melakukan perbuatan itu di bank sama antara 22 Mac hingga 30 Ogos 2013 mengikut Seksyen 4(1) (a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM5 juta, jika sabit kesalahan. - BERNAMA

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Singapura 10 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar